Pemain muda, Mason Greenwood sering dianggap oleh banyak pihak sebagai masa depan Manchester United, namun dia terpaksa keluar daripada kelab itu setelah apa yang berlaku melibatkan dia dan pasangannya.
Greenwood kembali merumput di padang bola musim lalu setelah sekian lama digantung. Dia menyertai Getafe secara pinjaman dan musim ini dia menyertai Marseille.
Olympique Marseille memulakan kempen liga mereka dengan perlawanan di tempat lawan di Stade Brest pada 17 Ogos.
Pasukan berwajah baharu Roberto de Zerbi membelasah lawan apabila mereka menang 5-1. Greenwood membuka jaringan hanya tiga minit selepas penampilan sulungnya untuk pasukan.
My star boy Mason Greenwood. Debut Goal, Three minutes in. I’ll never stop supporting your career young lad!! pic.twitter.com/WlsUMP9Fky
— Man Utd is like my toxic ex (@FCBanterClub) August 17, 2024
Dia akan terus menambah satu lagi kemudian Luiz Henrique juga mendapat dua gol, dan Elye Wahi 1 lagi gol dalam kemenangan 5-1 yang melonjakkan Marseille ke tempat teratas liga buat masa ini.
Ia adalah penampilan sulung kompetitif Greenwood untuk Marseille selepas dia menjaringkan gol pada penampilan sulung kelabnya (persahabatan) yang lalu.
De Zerbi menggelarnya sebagai pemain “luar biasa” selepas perlawanan semalam. De Zerbi kemudian dilihat sengaja memercikan api kepada pihak media yang mungkin ada yang tidak senang dengan prestasi Greenwood itu.
De Zerbi berkata: “Mason Greenwood adalah luar biasa. Dia seorang pemain yang hebat dan anda boleh melihatnya. Saya gembira melihat dia menjaringkan gol jadi ia akan menimbulkan semua kontroversi di media.”
Greenwood malah dipuji peminat kerana tak gila hatrik apapbila dia memberikan satu lagi penalti kepada Elye Wahi.
Mason Greenwood won the penalty and was on his way to scoring his first hat trick, but he gave the ball to Wahi so he could score on his debut too.
Brilliant from Mason 👏🫡 pic.twitter.com/nfDS2cUl5z
— Kara (@UTDKara) August 17, 2024
Roberto de Zerbi sebelum perlawanan sudah menyatakan bahawa dia akan mempertahankan mana mana pemain di bawah kendaliannya seperti anak sendiri.
De Zerbi Tak Akan Berlembut Dengan Greenwood: ‘Saya Akan Gantung Dia Ke Dinding Atau Tarik Telinganya’
Roberto De Zerbi menyatakan bahawa dia sendiri yang mahukan Mason Greenwood di Marseille. Nama pemain tersebut menjadi antara nama pertama dia cadangkan kepada pengurusan tertinggi untuk ditandatangani.
Apa yang menarik adalah, Marseille sendiri sudah ada data scouting untuk pemain tersebut yang turut menjadi sasaran mereka. Semua ini memudahkan lagi urusan De Zerbi dalam usaha mendapatkan pemain tersebut.
De Zerbi juga mengesahkan bahawa Greenwood adalah pemain pertama yang dia hubungi sebagai pengurus Marseille. De Zerbi menegaskan bahawa dia akan menjaga Greenwood seperti anaknya sendiri. Pemain itu sebelum ini terlibat dalam salah laku keganasan domestik ke atas teman wanitanya.
Namun mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan selepas mangsa – iaitu teman wanitanya sendiri – mengggugurkan dakwaan dan mahu terus hidup bersama dengan Greenwood.
Man United melancarkan siasatan dalaman mereka ke atas Greenwood dan memutuskan untuk menjauhkan diri daripada pemain itu. Mereka menghantar pemain tersebut secara pinjaman ke Getafe dan kemudian membantunya mencari kelab baharu.
Marseille kemudian sanggup membayar €30 juta tanda harga yang diletakkan oleh Man United. Dengan beberapa pasukan lain termasuk Borussia Dortmund juga berminat dengan Greenwood namun tidak sanggup membayar wang sebanyak itu untuk membelinya.
De Zerbi merasakan bahawa Greenwood adalah pemain yang paling sesuai dengan taktikalnya. Seterusnya, pemain itu masih muda dan memiliki kualiti yang hebat. De Zerbi memberikan amaran kepada Greenwood bahawa dia tak akan menerima layanan manja daripadanya walaupun dia berstatus pemain bintang dari Man United.
“Saya tak tahu latar belakang Greenwood. Tidak kira pemain mana, jika mereka menandatangani kontrak dengan kami di sini, saya akan melayan mereka seperti anak mereka sendiri. Saya akan melindungi mereka tidak kira dalam apa jua keadaan. Mungkin di belakang, saya akan tarik telinga mereka, tetapi di hadapan khalayak umum, saya akan pertahankan mereka macam anak sendiri,” tegas De Zerbi kepada L’Equipe
De Zerbi seterusnya mahukan wartawan tidak salah anggapan dengan menuduh dia mahu membela tindakan Greenwood sebelum ini.
Dia menambah: “Saya bukannya nak membela dia dengan apa yang dia lakukan, saya cuma nak cakap, apabila mana mana pemain menjadi pemain saya, maka sayalah yang pertama akan merentap dan gantung mereka ke dinding jika mereka buat silap. Namun di mata orang ramai di seluruh dunia, saya akan mempertahankan pemain saya seperti anak sendiri.
“Isu peribadi tidak akan mempengaruhi saya. Sayak tak kenal presiden kelab, Pablo Longoria sebelum ini, sebelum saya datang ke sini. Semua informasi yang saya dapat adalah hasil daripada pemantauan presiden tentang Greenwood. Kelab juga sudah mempertimbangkan dengan sebaik baiknya semua perkara sebelum mereka membuat keputusan.
De Zerbi kemudian menjelaskan kenapa dia mahukan Greenwood. De Zerbi menyambung: “Saya mahukan apa yang mengalir dalam ‘darahnya’, karakter dan keinginannya. Elye Wahi misalnya. Mahu datang ke sini walau apa sahaja berlaku. Itu yang saya katakan dalam telefon, Mason Greenwood adalah pemain pertama yang saya hubungi.
“Saya sendiri sudah memberikan amaran kepada Greenwood tentang tuntutan daripada kelab ini. Saya bercakap dengan ayahnya, yang saya rasa sebaya dengan saya. Ayah dia sendiri cakap: OM adalah OM, saya sentiasa ingat kelab bersejarah ini yang bermain di final UCL’. Kemudian apabila ada beberapa pemain yang kami mahukan, tarik tali dengan kita maka kami akan pergi kepada sasaran lain.”