Debut Gol Henderson Hadir Pada Malam Sempurna England Di Stadio Olimpico

Pemain tengah Liverpool dan England, Jordan Henderson akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama bersama skuad Three Lions ketika membelasah Ukraine 4-0 pada perlawanan Piala Eropah peringkat suku akhir awal pagi tadi.

Sejak dipanggil menyertai skuad negara pada tahun 2010 sehinggalah perlawanan semalam, Henderson tidak pernah mencetak nama sebagai penjaring gol dalam 61 penampilan.

Henderson yang masuk menggantikan Declan Rice menjaringkan gol terakhir England pada minit ke-63 selepas Harry Kane meledak 2 gol dan Harry Maguire 1 gol. Kemenanangan tersebut merupakan kemenangan terbesar dalam 12 perlawanan di peringkat kalah mati.

England muncul pasukan pertama dalam sejarah bola sepak moden (EURO) mara ke separuh akhir tanpa bolos sebarang gol dalam 5 peralawanan. Pada 2 aksi pemanas badan sebelum itu bertemu Austria dan Romania England juga tidak bolos sebarang gol.

Bagaimanapun, Henderson boleh membuka akaun jaringan lebih awal namun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika England menewaskan Romania 1-0 dalam perlawanan persahabatan menjelang EURO.

Ramai pihak meragui sumbangan yang boleh diberikan oleh Henderson kerada dia tidak banyak bermain dalam kompetitif pada penghujung saingan domestik.

Henderson mengalami kecederaan otot yang boleh dikatakan teruk pada Februari. Henderson mula medapat komen negatif dari pakar komplen Roy Keane ketika England turun berdepan Austria.

Namun Henderson membalas kritikan Keane dengan bersahaja mengatakan dia (Keane) boleh cakap apa sahaja yang mahu dia cakap.

Kembali kepad England, Gareth Southgate telah memenuhi sasarannya membawa England mara ke separuh akhir. Sebelum ini pengurus ini mengatakan separuh akhir adalah sasaran minima.

Southgate Yakin England Akan Sampai Semifinal, Atau Dikira Gagal

Ia menyamai rekod terbaik sejak 1992 yang pernah dilakarkan oleh England dalam kejohanan EURO. Pada edisi 1996 England mara ke peringkat yang sama sebelum ditewaskan oleh Jerman melalui sepakan penalti.

Selepas itu Glenn Hoddle, Kevin Keegan, Sven Goran Eriksen, Steve Mclaren, Fabio Capello, Roy Hodgson gagal membawa pasukan ini menyamai rekod itu sehinggalah Gareth Southgate -peman yang menjadi punca tewas kepada Jerman 1992.

England bakal bertemu Denmark di peringkat separuh akhir, pasukan yang bermula agak perlahan pada 2 aksi pertama peringkat kumpulan apabila tewas kepada Finland (0-1) dan Belgium (1-2).

Denmark kemudian bangkit menumbangkan Rusia (4-1) bagi meraih slot tempat ke-3 terbaik. Selepas itu Denmark menewaskan 2 pasukan setaraf di pusingan 16 dan suku akhir iaitu Wales dan Republik Czech.

Ketika England menarik nafas lega melihat Kane mula menjaringkan gol, Denmark juga mempunyai perkembangan positif di bahagian serangan.

Jonas Wind gagal melaksanakan peranan sebagai penjaring utama pasukan, tempatnya digantikan oleh Yussof Poulsen dan dalam 2 peralawanan terakhir Kasper Dolberg membuktikan dia adalah pemain yang sesuai bermain di situ.

Sejak sedekad lepas kedua-dua pasukan pernah bertemu 4 kali, 2 kali dimenangi oleh England dan perlawanan terakhir menjadi milik Denmark dalam kejohanan UEFA Nation League yang berlangsung Oktober lepas.

Baca yang lain