Debut Ngeri Lingard Di Liga Korea Selatan

Jesse Lingard akhirnya membuat debut dalam Liga Korea bersama kelab baharunya FC Seoul.

Namun ianya debut untuk dilupakan bekas pemain Man United dan England itu.

Lingard menyertai FC Seoul dengan kontrak 2 tahun. Dianggap antara perpindahan paling hebat pernah berlaku dalam sejarah Liga K.

Peminat meletakkan harapan asngat tinggi kepada beliau untuk menjadi senjata utama kelab.

Dia sebelum ini menyatakan sudah tak sabar sabar dengan perjalanan baharu dalam kariernya.

Sebelum ini Lingard gagal untuk mendapatkan kontrak dengan beberapa kelab di Eropah lain selepas dia meninggalkan Nottingham Forest.

Dia juga gagal memikat kelab kelab Saudi untuk mendapatkannya dengan tawaran gaji besar.

Akhirnya dia menyambung kariernya di Korea Selatan. Dia membuat debut sebagai pemain gantian pada minggu pembukaan musim baharu Liga K.

Ketika dia masuk, pasukannya sudah ketinggalan 1-0 di tangan Gwangju.

Lingard masuk dengan jersi no.10, disambut dengan meriah oleh peminat pada minit ke-82 perlawanan.

Namun dia kemudian dilayangkan kad kuning kerana satu kesalahan dianggap tidak masuk akal dan tidak ada hala tuju.

Dia melakukan bentesan yang tidak kemas di tepi garisan padang. Dan menerima kad kuning minit ke-90+4.

Pemain lawan bengang dengan Lingard dan berkofrontasi dengan pemain itu.

Seminit selepas kesalahan Lingard itu, lawan mereka menambah satu lagi gol menerusi Tigrao dan menang 2-0 ke atas FC Seoul.

Baca yang lain