Christian Pulisic menjadi pemain terbaru menyertai kem TikTok seperti mana Akhyar Rashid dan Sergio Ramos.
Lihat Sergio Ramos Ikut Jejak Akhyar, Menari Dangdut Di TikTok
Beliau telah memuat naik video TikTok pertama beliau semalam. Malangnya ia tak seperti yang beliau rancang.
Buat masa ini, para pemain Chelsea dikuarantin secara persendirian selepas ada pemain mereka yang disahkan positif koronavirus sebelum ini iaitu Callum Hudson Odoi.
Namun Odoi didodoi Odoi didodoi sudah kembali pulih sepenuhnya.
Jadi, ramai pemain yang cuba membunuh masa senggang mereka di rumah. Pulisic memutuskan untuk memulakan karier TikTok beliau.
Pulisic cuba melakukan juggling dengan beberapa skil. Tetapi beliau tergelincir kerana terpijak bola.
Masih lagi video yang fun untuk korang layan. Dia pun cuma mampu tersengih je. Tengoklah di sini:
Christian Pulisic's first TikTok went well 😂
(via christianmpulisic/TikTok) pic.twitter.com/jCm9YiTupl
— ESPN FC (@ESPNFC) March 18, 2020
Sakit juga tu haha. Korang yang nak mengikuti TikTok Pulisic bolehlah mencari nama CHRISTIAN PULISIC di TikTok.
Pulisic menjadi mangsa usikan daripada ramai netizen. Dan beliau hanya mampu mendengarnya sahaja.
— Christian Pulisic (@cpulisic_10) March 18, 2020
Kegilaan TikTok
TikTok merupakan salah satu media sosial yang kian berpengaruh pada hari ini. Ianya merupakan antara aplikasi yang paling banyak digunakan pada masa kini.
Sensor Tower melaporkan TikTok sebagai aplikasi baharu yang meningkat naik dengan sangat mendadak. Hanya WhatsApp yang dimiliki Facebook yang berada di atas mereka pada ketika ini.
Walaupun WhatsApp berada di atas, namun TikTok ternyata memberikan mereka persaingan dan ancaman. Malah TikTok berada di atas Facebook, Facebook Messenger dan Instagram.
Pada 2019, TikTok di-‘install’ sebanyak 44% daripada 1.65 billion muat turun.
Ramai juga yang menggunakan TikTok demi benda yang bermanfaat. Misalnya seorang guru di India yang menggunakan TikTok untuk mendidik budak budak tadikan mencuci tangan dengan penjelasan yang luar biasa.
Guru tersebut bernama Amanda Lorenzo. Beliau terkejut dan gembira kerana video yang beliau muat naik di Instagram mendapat perhatian dan sudah ditonton ratusan ribu kali.
Beliau menyatakan video itu diinspirasikannya daripada video di TikTok beberapa minggu lalu.
Beliau berkata kepada India Today: “Saya pengguna TikTok. Saya gunakannya untuk suka suka dan mencari idea untuk subjek seni. Pada hari ini memang ramai cikgu yang menggunakan TikTok.”
“Kira-kira seminggu lalu, saya mencari sesuatu berkaitan virus di TikTok. Saya kemudian terjumpa satu video yang super simple. Ia hanya menggunakan serbuk lada, air, dan sabun.”
“Di kelas saya dah ada sabun, dan of course ada air. Jadi saya cuma perlu beli serbuk lada. Keesokan harinya terus saya buat. Dan budak budak ni teruja.”
View this post on InstagramA post shared by Amanda Lorenzo (@mandysmunchkins_) on
Buat masa ini, masih belum ada vaksin untuk koronavirus. Di mana para saintis dan pakar perubatan sedang berusaha.
Jadi, sementara itu, kita semua diminta untuk mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya media sosial pada hari ini, kebaikannya adalah, kita boleh mendapat informasi dengan segera.
Misalnya menerusi facebook ataupun Twitter daripada kementerian kesihatan.
Koronavirus adalah virus yang bermula dari Wuhan, China. Dan ianya merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Ini kerana mobiliti manusia pada hari ini yang sangat mudah.
Banyak sudah negara mengenakan sekatan ke atas pelancong masuk dari negara lain.
Negara seperti Itali sudah mengarahkan perintah berkurung kepada rakyatnya di beberapa kawasan.
Malaysia juga turut mengenakan perintah kawalan pergerakan kerana koronavirus. Diharap dunia akan berjaya keluar daripada wabak ini.