Declan Rice bakal dikenang dalam sejarah UCL sebagai pemain pertama melakukan 2 gol menerusi sepakan percuma pada aksi kalah mati pertandingan.
Dua sepakan percuma itu bukang calang calang. Kedua duanya berkelas dunia menewaskan salah seorang penjaga gol terbaik dunia sejak beberapa tahun ini, Thibaut Courtois.
Gol pertama sepatutnya, Declan Rice melakukan hantaran lintang. Namun dia memutuskan untuk menukar perancangan aktikal itu kerana menilai keadaan tersebut adalah peluang untuknya untuk melakukan rembatan terus.
Arsenal memiliki jurulatih bola mati antara yang terbaik di dunia ketika ini. Yang menjadi senjata penting mereka dalam menyusun koordinasi ketika bola mati. Kali ini Rice menggunakan nalurinya untuk mengambil sepakan terus.
Sementara gol kedua, dia sudah ada keyakinan untuk melakukan rembatan terus.
Rice memberikan kredit kepada Mikel Arteta yang berjaya menyemai keyakinan di dalam diri pemain.
Dia berkata: “Itu adalah pesanan daripada pengurus. Itu adalah pesanan daripadanya sejak hujung minggu lalu.
“Kami perlu benar-benar yakin kami boleh bermain dan memenangi perlawanan ini. Sebagai satu kumpulan, kami benar-benar yakin. Kami perlu menjaringkan gol pada separuh masa kedua,” kata Rice.
Mengenai sepakan percumanya, Rice mendedahkan bahawa dia mengikut nasihat Bukayo Saka setelah melihat kedudukan Courtois yang agak jauh daripada sudut yang dia manhu tembak.
Rice akui dia sudah lama memendam rasa setelah beberapa kali melakukan percubaan sepakan percuma yang terkena benteng atau melambung tinggi.
Rice berkata: “Ia sudah lama tersimpan, tetapi saya terlalu banyak kali terkena benteng atau ia melambung tinggi.
“Pada asalnya kami akan melakukan hantaran lintang dan kemudian saya baru perasan kedudukan benteng lawan dan posisi penjaga gol.
“Jadi saya fikir teruskan sahaja. Dan Bukayo [Saka] menyuruh saya ikut gerak hati.
🔴⚪️ Declan Rice on his free kicks: “I've hit the wall too many times… originally I was going to cross it for the first one, but then I saw the wall and Courtois position, and thought I'll just go for it!”, told Prime.
“And the second one, I just had the confidence to hit it”. pic.twitter.com/tNQ0ZLtS4u
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 8, 2025
“Yang kedua, saya mempunyai keyakinan. Saya melakukan sepakan terus. Ia tidak akan memberi kesan kepada saya sekarang kerana ada satu lagi perlawanan.
“Saya teruja, saya gembira, saya sangat gembira. Tetapi dalam beberapa tahun lagi, saya akan benar-benar sedar betapa istimewanya apa yang telah saya lakukan malam ini.”
Rice memuji Saka setelah pemain itu menunjukkan kualitinya sebaik sahaja kembali semula ke dalam pasukan.
Rice menambah: “[Bukayo Saka] Lihat, untuk kembali dalam masa yang singkat ini adalah luar biasa. Dia seorang yang hebat. Kami perlu bersedia untuk minggu depan. Bernabeu, bagaimana rasanya bermain di sana. Kami perlu bersedia.”
Arsenal menang 3-0 ke atas Real Madrid. Dengan 1 lagi gol dijaringkan Mikel Merino. Ia juga satu gol yang cantik.