Declan Rice Sakit Belakang

Mikel Arteta mengesahkan bahawa pemain andalan di bahagian tengah, Declan Rice mengalami kecederaan di bahagian belakang. Kecederaan itu dia alami pada Derbi Utara London yang lalu. Di mana Arsenal seri 2-2 dengan Spurs.

Arteta menegaskan itulah alasan utama Declan Rice dikeluarkan dalam perlawanan itu kerana pemain itu beraksi dalam keadaan sakit belakang dan tak selesa dengannya.

Declan Rice kini berada dalam senarai pemain yang cedera untuk Arsenal. Namun kecederaan beliau dijangka akan pulih cepat. Selain Rice, pemain lain yang dalam pemantauan kecederaan ialah Bukayo Saka. Pemain yang seringkali memberikan impak, Leandro Trossard pula disahkan akan disisihkan sekurang kurangnya 2 minggu.

Arsenal benar benar berharap Declan Rice dan Saka akan berada dalam skuad mereka ketika menentang Manchester City nanti. Ini kerana dua pemain tersebut telah menjadi nadi kekuatan utama Arsenal musim ini.

Declan Rice juga menunjukkan aksi cemerlang secara individu ketika berdepan dengan Spurs pada separuh masa pertama walaupun dia beraksi dalam kesakitan.

Arsenal masih lagi menjadi pasukan yang memiliki karakter untuk bersaing kejuaraan pada musim ini. Pengalaman mereka kecewa pada musim lalu dianggap semakin mematangkan skuad muda Mikel Arteta.