Dedah Padangan Ferguson Tentang Ronaldo, Khabib disekolahkan Ole: “Saya Pengurus Manchester United”

Ole Gunnar Solskjaer tampil menjawab kritikan ke atasnya kerana meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan ketika menentang Everton.

Malah Ole membayangkan bahawa akan melakukan perkara serupa di masa akan datang walaupun pemain itu cergas sama sekali.

Man United agak bergelut dengan prestasi dalam beberapa perlawanan sebelum rehat antarabangsa. Dan mereka diikat 1-1 oleh Everton.

Walaupun Ronaldo beraksi dalam perlawanan tersebut sebagai pemain gantian, namun jelas sekali Ronaldo tidak gembira duduk di bangku simpanan serta menunjukkan kekecewaannya ketika wisel penamat.

Keputusan Ole untuk tidak menurunkan pemain utama mereka, Cristiano Ronaldo, kurang disenangi ramai peminat.

Malah Khabib Nurmagomedov mendedahkan bahawa Sir Alex Ferguson sendiri tidak gembira dengan Ole Gunnar Solskjaer yang meletakkan pemain bintang utama di bangku simpanan.

Sir Alex Ferguson berkata kepada Nurmagomedov: “Kamu harus sentiasa turunkan pemain terbaik kamu di kesebelasan utama.”

Solskjaer diajukan persoalan tentang kritikan tersebut terutama sekali daripada Ferguson.

Dan Solskjaer berkata: “Saya adalah pengurus United,” mengingatkan wartawan bahawa dia orang yang berkuasa menentukan sesiapa sahaja yang akan bermain atau disimpan di bangku simpanan.

“Saya yang menguruskan pemain pemain di kelab ini.”

“Ronaldo pemain luar biasa, pemusnah yang hebat, penjaring gol dan profesional yang tiada tiandingannya,” kata Solskjaer dalam sidang media aksi EPL hujung minggu ini.

“Sangat sukar untuk membuat keputusan untuk menyisihkannya daripada aksi berbanding dengan mahu melihat dia beraksi di atas padang.”

“Apa kata kamu pulak? Boleh tak kamu bermain 6 perlawanan dalam 6 hari dengan kesebelasan utama yang sama.”

“Ianya pasti hebat, tapi kita perlukan penggiliran. Kita perlukan pasukan, di mana semua pemain menyerlah sehingga April ke Mei.”

Solskjaer kemudian mengecam tindakan Khabib yang menurutnya, tidak sepatutnya menghebohkan pandangan peribadi yang dikatakan Ferguson kepadanya.

Di mana post Khabib tentang pendapat Ferguson itu mendapat perhatian lebih 30 juta pengikut Khabib.

Ole berkata: “Saya sangat tenang tentang perkara itu, tentunya. Dan ianya agak tak patut untuk menyiarkan perkara seperti ini [perbualan Khabib dengan Sir Alex] kepada umum.”

“Kamu sentiasa akan ada pandangan dan bercakap tentangnya dengan orang lain dengan keyakinan.”

“Saya tidak bersetuju dengan bos [Fergie] dalam beberapa perkara. Dan saya memberitahu isteri saya tentang apa yang saya tak setuju dengan dia, namun saya tak pernah jadikannya tajuk berita. Sir Alex tahu, perkara ini tak akan mengganggu saya.”

“Kita semua mahu melihta Cristiano, kerana dia seorang yang unik, berbeza dengan yang lain.”

“Dia memiliki karier yang hevar dan seumua orang datang untuk melihatnya.”

“Namun dia faham sama sekali tentang kerumitan pekerjaan ini, begitu juga dengan bos. Dia [Sir Alex Ferguson] pun tak menurunkan kesebelasan utama yang sama.

“Dia pun sentiasa mengambil risiko ketika memutuskan untuk merehatkan Ryan Giggs, Wayne Rooney atau David Beckham, pemain pemain terbaik yang kami ada. Kadangkala ianya berhasil, kadang kadang tu tak.”

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang