Def Gab C: Satu Enigma Antara Muzik & Langit

DEF GAB C atau DGC adalah 4 pieces band yang popular akhir 90an dan awal 2000an. Line up yang regular diwaktu itu adalah Asheed, Jemboo, Nizam dan Lee Space.

DGC ini sebenarnya merupakan side projek bagi Joe Wings, senang cerita macam sisi lain Joe dalam membikin muzik.

Ok sebelum kita pergi jauh berbicara tentang band Rock yang pelik tapi berjiwa bernama DGC. Kita fahamkan dulu terma Psychedelic, sebab apa?

Sebab DGC ini pada aku main Psychedelic Rock, bukannya Rock Kapak macam bapak kau cakap.

Konsep Psychedelic

Psychedelic adalah satu terma dituju khas kepada mereka yang berada dalam Halusinasi akibat pengambilan dadah, terutamanya jenis LSD.

Psychedelic ini secara kasarnya adalah satu jenis cabang muzik yang unsurnya melankolik yang melampau. Sama macam kawan kau yang tengah High, boleh bersembang hal Makrifat.

Kenapa aku lebih suka meletakkan DGC ini dibawah genre Psychedelic Rock?

Sebabnya senang, DGC main muzik yang unsurnya banyak menjurus kepada tiada ketetapan riff atau free flowing sound.

Ikut sahaja mana bunyi tu nak pergi, bukannya kita yang tetapkan sound tu berbunyi macamana.

Psychedelic adalah sub atau roh kepada Rock, bermakna lagu-lagu dibawah genre ini punya roh yang bergentayangan.

Contoh paling senang bagi lagu-lagu halusinasi terawang-awangan ini adalah lagu dari band UK iaitu Pink Flyod. Ya, mereka adalah bapak Psychedelic.

Jiwa Def Gab C

Kalau kau biasa dengan muzik DGC ini kau memang akan nampak unsur-unsur terawang dalam lagu-lagu mereka.

Arigato, Merah, Terbang, Ibu Kota Cinta, lirik-lirik dalam lagu yang aku sebut ni tak pernah tak terkait dengan Terbang, Awan, Tinggi, Bulan, Bintang dan sewaktu dengannya.

Tambah pula dengan vokal Asheed yang bagi aku agak mellow dan sesuai dengan muzik bawaan Jemboo.

Ramai orang kata dekat dengan sengau, tapi selepas Mael, Asheed lah yang mana vokal dia jenis lepas menerawang dan tak mati dengan note muzik. Cuba dengar lagu Maniq Kayangan dan Ranjau Kasturi.

Tapi DGC ni macam ada satu lagi ranting kecil yang tumbuh dari cabang Psychedelic Rock ini iaitu Funky.

Elemen ini yang membuatkan album-album mereka tidak rigid atau tertakluk kepada Psychedelic.

Variasi

Dan elemen Funky ini juga membolehkan mereka kekal relevan ditelinga pendengar muzik dengan lagu Marilah Maria dan Cinta Sakti.

Jadi DGC ini nampak versatil dengan lagu-lagu begini, garam Funky membuatkan muzik dan album mereka ada faktor, ada rasa.

Untuk satu-satu band itu kekal lama adalah dengan sifat versatil tapi masih berpegang dengan dahan utama mereka.

Kita di Malaysia ni pada aku sangat terkedepan dalam scene muzik berbanding Indonesia yang cuma mengharap kepada satu jenis Rock sahaja.

Unik

Kita dari zaman Rock Kapak terus berevolusi dengan Modern Rock macam DGC, Pretty Ugly, OAG, Spider, Hujan yang membawa bermacam sub genre yang bertunjangkan Rock.

DGC ni istimewa sebab bawa muzik yang jarang orang bawa iaitu Psychedelic Rock, mungkin disebabkan muzik yang berasaskan “Langit” ini Asheed dan Lee Space mudah terjebak dengan Kerajaan Langit.

Apapun aku yakin lagu-lagu DEF GAB C masih kekal malar segar dalam kotak memori peminat muzik tanah air, terutamanya Rock.

Nota Editor: Artikel ini adalah tulisan Niv AR. Disalin semula atas kebenaran.

Follow Penulis di FB – Niv AR untuk lebih banyak informasi serupa ini. Penulis adalah peminat tegar Bob Mesra.

Baca yang lain