Ketika Rafa Benitez semakin aktif menggunakan Dirk Kuyt sebagai pemain sayap, ramai penyokong Liverpool mengeluh.
Kenapa perlu mendesak pemain yang menjadi penjaring terbanyak liga Belanda menjadi pemain sayap jenis side midfielder bukannya penyerang sayap ataupun wing attacker.
Kuyt diarahkan bermain posisi sayap dalam organisasi tengah berempat. Kenapa?
Di Manchester United, Alex Ferguson mulai membuktikan pembelian Park Ji Sung bukan untuk publisiti jualan baju di Korea Selatan. Ia juga melibatkan isu kualiti pemain tersebut di bahagian sayap.
Kenapa pemain seperti Kuyt dan Park Ji Sung kerap bermain dalam padang terutama sekali ketika menentang pasukan yang memiliki kualiti serangan dari sayap.
Satu aspek yang kuat dimiliki oleh kedua-dua pemain di atas adalah aspek bertahan. Dalam kes Liverpool, Kuyt sangat penting dalam membantu Arbeloa yang agak lemah dalam duel fizikal.
Mereka digelar pemain sayap bertahan ataupun defensive winger. Pemain yang biasanya digelar memiliki bateri ‘duracel’ ataupun 3 jantung.
Baka Moden Dalam Bola Sepak?
Amat sukar untuk menentukan leluhur kepada baka ini. Namun pemain yang terawal yang menjadikan formasi ini signifikan dengan beliau adalah Mario Zagallo.
Bagi peminat bola sepak klasik, nama Mario Zagallo bukanlah asing. Namun untuk generasi 90-an, ramai lebih mengenali Mario Zagallo sebagai jurulatih terkenal dengan samba 4-2-4.
Bagaimana Ia Bermula Untuk Zagallo?
Pada era 1950-an, revolusi bola sepak mulai menekankan aspek permainan yang lebih aktif di tengah padang. Sebelum ini penekanan lebih kepada bahagian serangan dengan unit yang ramai.
Brazil pada ketika itu bermain 4-2-4. Mario Zagallo pula asalnya adalah pemain sayap songsang ataupun bahasa universalnya inverted winger ataupun inside forward.
Menjelang Piala Dunia 1958. Zagallo menerima pertukaran formasi yang dikehendaki oleh jurulatih beliau ketika itu iaitu, Vicente Feola.
Zagallo adalah pemain sayap songsang di sebelah kanan (right inside forward). Namun Feola ada pemain bernama Garrincha yang sangat prolifik dan sukar dibendung di posisi penyerang sayap kanan.
Feola mahukan zonal sebelah kanan sebagai laluan serangan utama dan menajdikan sebelah kiri sebagai zon yang lebih defensif.
Jadi, Zagallo diberikan peranan untuk menjadi pemain sayap yang akan turun sehingga ke dalam kawasan penjaga gol. Zagallo tidak banyak songeh, jika itulah satu-satunya syarat untuk beliau bermain dalam pasukan emas Brazil.
Zagallo bukan sahaja menjadi pemain yang kerap berada di dalam kesebelasan utama, malah menjadi impian ramai jurulatih untuk memiliki pemain sayap yang boleh menyerang dan bertahan dengan efektif.
Jurulatih England, Alf Ramsey antara yang pernah mencari tipikal Mario Zagallo untuk bermain dalam skuad England. Namun beliau sukar mencari pemain jenis ini.
Ramai pemain sayap hanya fokus kepada bahagian sayap. Akhinrya beliau menemui Alan Ball yang sesuai dengan sistem ini.Mereka juga menggelar sistem ini sebagai wingless wonder.
Sistem yang membawa England kepada gelaran juara dunia 1966. Inilah detik di mana England bejaya menarik perhatian dunia dengan sistem bola sepak yang lebih taktikal.
Sebelum ini mereka agak rigid dan bergantung kepada aktiviti fizikal seperti duel, serangan balas, permainan keras dan lebih terhad dalam formasi.
Pada 1970, Mario Zagallo menjadi jurulatih Brazil dan berjaya membawa pasukan tersebut menjuarai Piala Dunia sebagai jurulatih.
Beliau mengekalka sistem pemain sayap bertahan (defensive winger) ini. Skuad Brazil 1970 dianggap antara pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Konsep
Ia adalah satu sistem di mana pemain sayap akan turun naik. Ia berbeza dengan pemain bek sayap yang hanyak akan bertahan di wide area. Namun dari segi kedudukan di dalam padang ia mirip kepada bek sayap ataupun wingback.
Namun mobiliti mereka jauh lebih tinggi daripada bek sayap. Mereka lebih bertenaga dan lebih baik dari segi aspek bertahan seperti membentes, mengejar, menutup ruang berbanding dengan pemain side midfielder biasa.
Sistem ini berkesan dalam mengekalkan bek sisi ofensif seperti Daniel Alves, Zambrotta, Marcello, Antonio Valencia dan ramai lagi.
Park Ji Sung pernah diberikan peranan khas untuk merantai Maicon ketika Manchester United menentang Inter Milan pada UCL 2008/2009. Banyak perlawanan besar, Park Ji Sung ataupun Wayne Rooney digunakan sebagai pemain sayap bertahan.
When Manchester United faced AC Milan in 2010 Sir Alex Ferguson said to Park Ji-sung before the game:
“Even if he (Pirlo) goes to the toilet you have to follow him.”
Pirlo, who struggled, later wrote:
“He must have been the first nuclear-powered South Korean in history.” pic.twitter.com/w1b4NQgLWe
— UtdArena (@utdarena) October 23, 2019
Mereka akan mengisi ruang di belakang ataupun di tengah dengan segera ketika pemain di posisi tersebut meninggalkan posisi.
Ini adalah contoh ketika pemain sayap kiri (LM) yang merupakan defensive winger ketika pasukan mereka menyerang. Dia ada kesedaran pertahanan (defensive awareness) yang tinggi.
Dia akan cuba membantu pemain di tengah jika dia melihat ada potensi pasukan lawan menyerang kawasan tersebut.
Rumusan
Ia adalah baka moden dalam bola sepak. Kini kita boleh melihat pemain seperti Steward Downing, James Milner, Antonio Valencia (era Wigan).
Ia adalah karakter kepada pemain sayap. Mereka berperanan aktif ketika bertahan. Anda boleh bayangkan seorang defensive midielder yang bermain di bahagian sayap.
Peranan ini lebih lengkap berbanding dengan pemain sayap konvensional ala Beckham yang fokus kepada hantaran akhir ketika menyerang.
Ia memerlukan pemain yang memiliki stamina yang tinggi serta komitmen untuk pasukan berbanding dengan individu. Pemain ini adalah kategori yang kerap digelar wira tak didendang dan juga bukan calon untuk pemain terbaik perlawanan.
Mereka dilengkapi dengan:
- Hantaran silang
- Kerjasama berpasukan
- Work Rate
- Hantaran
- Bentesan
- Stamina
Namun dari segi nilai populariti, posisi ini mirip kepada DM, kerana ianya tipikal unsung hero. Masa menang, orang tak akan kenang sangat posisi ini. Ketika kalah baru orang akan sedar tentang ada kehilangan di dalam padang terutama bertemu dengan lawan yang ada winger yang hebat.