Graft pertumbuhan dalam kepentingan bola sepak setiap tahun semakin meningkat.
Hal ini menjadi bukti bahawa ada peningkatan yang konsisten dalam penajaan, pendapatan televisyen, dan jualan tiket yang telah di tunjukkan oleh kelab-kelab terbesar.
Sebagai rujukan, edisi terakhir Deloitte Football Money League menyenaraikan kelab-kelab bola sepak terkemuka di dunia menunjukkan bahawa lima pasukan teratas yang paling untung.
Kelab ini membuat jumlah keuntungan keseluruhan sebanyak $3.6 bilion antara mereka pada musim 2018/2019 dan kemudian berakhir dengan $300 juta lebih daripada jumlah yang dicatatkan oleh kumpulan yang sama musim sebelumnya.
PSG made the greatest advances in the last 10 seasons in terms of revenues from all clubs Deloitte Football Money League. #PSG now sit in 5th place with a revenue of €635.9m. In the 2009/10, revenue was €82.7m. PSG have seen revenues grow by a huge 669% in that timeframe pic.twitter.com/HlJPsrvjFN
— Łukasz Bączek (@Lu_Class_) February 2, 2020
Dengan peningkatan pendapatan, perbelanjaan juga meningkat dan mereka berpendapat bahawa “Game Was Gone” ketika Trevor John Francis menjadi pemain pertama British untuk mencapai £1 juta nilai perpindahan pada tahun 1979.
Dan yang mengejutkan pemain di masa kini mampu memperoleh pendapatan setinggi itu hanya dalam masa dua minggu.
Seperti kebanyakan bidang lain, dalam bola sepak juga berlaku hal yang sama dari segi penilaian pendapatan berasaskan banyak faktor termasuk pengalaman, keupayaan, dan nilai yang lain sebelum memutuskan berapa bayaran setimpal.
Deloitte Football Money League 2020 by @deloitteUK #DFML2020 pic.twitter.com/hjfONmpqRQ
— Andar Sofian (@andarsofian) January 14, 2020
Di sini, kita senaraikan lima pemain yang mendapat gaji yang melebihi kemampuan mereka.
# 5 Mesut Ozil (Arsenal) – £350,000 seminggu
Arsenal menjadi terkenal di bawah Arsene Wenger, dengan Sikap kedekut mereka untuk membeli pemain ketika ada jendela perpindahan dipercayai menjadi sebab utama mengapa kedudukan mereka sebagai pasukan digeruni satu masa dahulu tidak lagi mereka miliki.
Menariknya mereka telah memecahkan rekod perpindahan kelab mereka untuk menandatangani Mesut Ozil dari Real Madrid pada musim panas 2013 dan dijangka bahawa bekas pemain antarabangsa Jerman itu akan menjadi batu loncatan untuk membawa kelab kembali ke puncak.
Tiga tahun bersama Madrid, Ozil bersinar bak bintang berkedipan di malam hari dengan teknik permainan yang cantik dan kebijaksanaan beliau dalam mencari ruang serta membuat hantaran yang cantik menjadikan beliau salah seorang playmakers terbaik di dunia. Dan gandingan beliau bersama Ronaldo ketika di Madrid sangat efektif.
Former Real Madrid teammates Ronaldo and Ozil will go head-to-head tonight in #GER #POR. Who are you backing to win? pic.twitter.com/Vxnd3JDyJj
— 90min (@90min_Football) June 16, 2014
Beliau kemudian berjaya mengekalkan aksi persembahan cemerlang beliau ke pasukan Arsenal.
Dan beliau juga ketika itu dalam perjalanan untuk memecahkan record Thierry Henry dalam Assist terbanyak dalam satu musim Premier League.
Zaman kejatuhan Unai Emery melihatkan Ozil tidak lagi bermain untuk pasukan utama Arsenal pada musim 2018/19. Ada spekulasi yang menyatakan bahawa beliau sudah mahu keluar meninggalkan Arsenal.
Tetapi selepas beliau kembali mendapat tempat sebagai pemain utama, aksi beliau semakin hambar dan beliau hanya mampu menjaringkan enam gol dan tiga assist daripada 40 perlawanan liga.
# 4 Tanguy Ndombele (Tottenham) – £200,000 seminggu
Tanguy Ndombele telah membuat penandatanganan dengan Tottenham Hotspur ketika dia dibeli dengan nilai perpindahan £62.8 juta dari Lyon pada musim panas lalu.
Pemain berusia 22 tahun itu telah membintangi Les Gones selama dua musim di Ligue 1 dan muncul sebagai pemain yang paling dicari di pasaran sebelum Spurs memenangi perlumbaan untuk Menandatangani nya.
Telefoot reporting that Tanguy Ndombele will join Tottenham in the next few days, on a 5 year deal, for €63 million plus bonuses. https://t.co/meIBkDBfyJ
— Jeremy Smith (@jeremysmith98) June 30, 2019
Selain dari yuran perpindahan yang tinggi, ketibaan beliau ke Spurs juga menyajikan beliau dengan pendapatan yang lumayan.
Beliau menerima gaji yang tertinggi di dalam pasukan dengan nilai yang sama diterima bintang terhebat Spurs Harry Kane.
Apa yang menghairankan adalah bintang yang sudah lama beraksi untuk Spurs serta banyak memberi sumbangan kepada pasukan seperti Christian Eriksen dan Dele Alli memperoleh kurang separuh daripada pendapatan yang Ndombele terima.
Walaupun memiliki gaji yang sangat tinggi, Ndombele belum membuat satu pun tanda penting di kelab utara London, dengan kecederaan dan ketidakpercayaan dari Jose Mourinho membatasi impaknya.
Sejauh ini, dia hanya mampu menyumbang dua gol dan dua assist daripada 24 perlawanan dalam semua pertandingan.
Sementara itu beliau juga mendapati dirinya kini berada di belakang Harry Winks, Giovani Lo Celso, dan penandatanganan baru Steven Bergwijn di barisan tengah pilihan Mourinho.
# 3 Paul Pogba (Manchester United) – £290,000 seminggu
Empat tahun lalu, Manchester United telah melabur besar untuk menandatangani paul Pogba dari Juventus.
Dengan rekod tertinggi di dunia dan disamping itu United juga telah membawa masuk Zlatan Ibrahimovic serta Jose Mourinho, yang sepatutnya membawa kelab itu kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.
Paul Pogba’s brother Mathias was on El Chringuito TV last night and said: "Everyone knows that Paul wants to leave Manchester United, he wants to play Champions League football and win titles. We all know that won’t happen at United. We will see what happens this summer." pic.twitter.com/LSRDVI4YrK
— 360Sources (@360Sources) February 18, 2020
Namun kini Zlatan dan Mourinho telah berlepas dari Old Trafford, Pogba masih kekal tetapi ia tidak berupaya terus beraksi.
Pemain antarabangsa Perancis itu sering dilanda kecederaan yang tidak pernah sembuh.
Serta mengakui bahawa beliau berminat untuk beraksi bersama Real Madrid pada musim panas lalu untuk menamatkan perjalanannya di Liga Perdana.
Pemain berusia 26 tahun itu menerima pendapatan yang sangat tinggi berbeza dengan pemain lain yang masih bermain di United.
Tetapi lihat saja apa sumbangan yang beliau beri kepada pasukan?
Beliau juga tidak segan untuk menyatakan hasratnya mahu berpindah ke pasukan lain.
Adakah beliau seorang pemain yang setia dan wajar menerima pendapatan terlalu tinggi begitu?
Beliau adalah seorang pemenang Piala Dunia bersama pasukan Perancis dan aksinya di United jelas sekali bukan aksi sebenar beliau.
Musim ini, dia hanya bermain dalam tujuh perlawanan Liga Perdana dan hanya berbekalkan satu tahun lagi dalam kontraknya.
R.Keane:
"There is too much noise from Pogba and his agent. Let him go. If it's not good for the club and these agents are making fun of you, let him go. The agent doesn't want him to be there. Pogba doesn't want to be there. Go on to something else. He'll leave 100%."#MUFC 🔴 pic.twitter.com/PMhX6xRRlB— Manchester United 🔴 (@ManUnited_ENG__) February 17, 2020
United harus memikirkan kerugian yang mereka bakal tanggung dalam membela pemain seperti ini yang tidak menyumbang apa-apa untuk pasukan.
Lebih baik United melepaskan sahaja pemain yang menerima gaji yang tidak setimpal dengan sumbangan nya ini.
# 2 Ousmane Dembele (Barcelona) – £250,000 seminggu
Ousmane Dembele mempunyai tugas sangat berat yang perlu dilakukan selepas beliau Menandatangani kontrak bersama Barcelona untuk menggantikan tempat Neymar.
Memandangkan beliau dibayar dengan harga yang begitu tinggi dan rekod prestasi cemerlang beliau bersama Dortmund jadi harapan yang diletakkan kepada beliau agak tinggi.
Perjuangannya tidak dapat di teruskan dengan kecederaan jangka panjang yang kekal selama sebulan dalam kerjayanya di Barcelona.
Kecederaan ini merupakan yang pertama dari beberapa kecederaan serius yang telah menyaksikan pemenang Piala Dunia itu menghabiskan lebih banyak masa di ruang rawatan daripada di padang.
Bagi dirinya sendiri, dalam beberapa keadaan ketika dia boleh beraksi, Ousmane Dembele telah berkembang dan bermain agak baik.
Tetapi bagi pemain yang memperoleh pendapatan yang sangat tinggi berjumlah £250,000 setiap minggu untuk beraksi lebih dari 60 perlawanan dalam masa tiga tahun itu agak mengecewakan.
Barcelona have received permission from La Liga to sign a striker to replace the injured Ousmane Dembele. Barca are looking to bring in a new player this week. #TheScoreKE pic.twitter.com/6sp0jGufQ8
— Carol Radull (@CarolRadull) February 17, 2020
Mengharapkan beliau baru-baru ini kembali dari kecederaan, pemain berusia 22 tahun itu kini diketepikan untuk sepanjang musim ini.
Hal ini menyebabkan Barça terpaksa melakukan penandatanganan kecemasan Martin Braithwaite dari Leganes.
Bayangkan sahaja beliau menerima gaji yang begitu lumayan Tetapi beliau hanya menghabiskan masa untuk menerima rawatan.
Kesilapan Barcelona juga tidak melihat dahulu rekod kecederaan pemain ini untuk dinilai sebelum meletakkan nilai pendapatan yang begitu tinggi.
# 1 Alexis Sanchez (Inter Milan) – £400,000 seminggu
Terdapat adegan kegembiraan yang keterlaluan merentasi media sosial ketika Manchester United berjaya menambat hati Alexis Sanchez.
Hal ini memberi kedukaan kepada Manchester City yang juga berebut untuk menandatangani beliau dari Arsenal pada tarikh akhir jendela perpindahan Januari 2018.
Breaking: Star striker Alexis Sanchez will join Man United in blockbuster deal from Arsenal in exchange for midfielder Henrikh Mkhitaryan pic.twitter.com/d3Z5nmsEzr
— Bleacher Report (@BleacherReport) January 22, 2018
Bagaimanapun, selepas dua tahun dari ketibaan pemain kebangsaan Chile itu, peminat yang dahulu teruja kini seakan sudah lupa bahawa Sanchez masih pemain United.
Sanchez menunjukkan aksi yang mantap ketika bersama Barcelona dan Arsenal, namun setibanya beliau di United hanya aksi beliau bermain piano beliau sahaja yang mampu dikenang oleh peminat.
Beliau telah menjadi sebahagian daripada pertukaran pemain yang menyaksikan Henrikh Mkhitaryan pergi meninggalkan United untuk menyertai Arsenal.
Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh United adalah dengan menawarkan gaji yang terlalu lumayan kepada Sanchez. Setan Merah membayar £400,000 seminggu kepada beliau.
Pendapatan itu sebenarnya Jauh melebihi pendapatan peman lain di dalam United.
Hasilnya, persembahan yang ditunjukkan oleh Sanchez tidak mencerminkan pendapatan tinggi yang beliau terima.
Selama dua tahun di United, Sanchez hanya menjaringkan lima gol dari 45 perlawanan. Kerana tidak menunjukkan aksi yang bagus dan United tidak lagi memerlukan khidmat beliau maka Sanchez telah di pinjamkan ke Inter milan.
Alexis Sánchez will join Inter Milan on a one-year loan with the option to buy for £12m next summer. The documents should be signed today or tomorrow. (Source: El Mecurio) pic.twitter.com/6ckfvkbR0Q
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 19, 2019
Namun United masih lagi membayar 3/4 dari gaji beliau sementara Inter hanya membayar baki £100,000 gajinya.
Jika dilihat kepada sumbangan beliau untuk pasukan Inter selama lapan bulan ini ternyata kedua United dan Inter hanya mengeluarkan duit untuk membayar gaji kepada pemain yang tidak mendatangkan keuntungan kepada pasukan.
Jadi menurut anda semua berbaloi kah sesebuah pasukan membayar gaji yang tinggi kepada pemain yang tidak menyumbang untuk pasukan?