Ousmane Dembele menyatakan bahawa dia ada penyelesaian kepada masalah penyakit misteri yang melanda kem Perancis.
Sebelum ini Rabiot dan Coman dilaporkan mengalami penyakit misteri termasuk demam demam.
Kemudian ada 4 lagi pemain menyusul iaitu Raphael Varane, Ibrahima Konate, Tchoumeni dan Theo Hernandez.
Aggak mengejutkan kerana Upamecano pun turut mengalami masalah pening kepala.
Menurut Dembele, dia sudah menyelesaikan masalah krisis kesihatan di kem Perancis.
Caranya dengan memasakkan kawan kawannya teh halia campur madu.
Dembele berkata: “Upamecano dan Rabiot ada pening pening kepala. Dan saya buatkan mereka teh dengan campuran halian dan madu.”
“Mereka sekarang dan lebih baik. Rasanya mereka dan sedia nak main final.”
Dembélé: "Upamecano and Rabiot got a headache and I made them some tea with ginger and honey… They are better now. I think they will be ready for the final." pic.twitter.com/lPO3qljtRI
— Barça Universal (@BarcaUniversal) December 16, 2022
Kenyataan Dembele ini pasti melegakan ramai peminat Perancis. Walaupun dia sendiri seringkali berdepan masalah kecergasan. Namun kalau penyakit demam, ternyata dia mampu merawatnya.
Dembele menjadi nadi penting Perancis dalam kempen Piala Dunia kali ini.
Laporan sebelum ini:
Kem pasukan Perancis dilaporkan terus bergelut dengan kecergasan. Sebelum ini beberapa pemain mereka diserangn penyakit misteri di Qatar.
Kingsley Coman dan Adrien Rabiot antara pemain yang terkena penyakit misteri itu. Rabiot terpaksa direhatkan dalam aksi sebelum ini. Rabiot merupakan pemain yang sangat cemerlang pada Piala Dunia 2022 kali ini.
Terbaru, kem Perancis dikejutkan dengan 3 lagi pemain mereka diserang penyakit misteri.
Raphael Varane, Ibrahima Konate, Aurelien Tchoumeni dan The Hernandez berada dalam senarai itu.
Serangan penyakit itu berlaku 48 jam sebelum sepak mula aksi final.
France duo Raphael Varane and Ibrahima Konate battling illness ahead of World Cup final pic.twitter.com/USrxzXOqV9
— The Hitman Tipster (@hitman_tipster) December 16, 2022
Deschamps mengesahkan bahawa mereka kini perlu mengikuti langkah pemulihan yang disarankan oleh doktor.
Deschamps menganggap penyakit itu sebagai misteri dan disebabkan oleh suasana di Qatar yang baharu bagi pemain pemain mereka.
France trained without four of their starting line up due to illness and injury just 48 hours before the World Cup final 😵
❌ Aurélien Tchouaméni
❌ Raphaël Varane
❌ Ibrahima Konaté
❌ Theo Hernández pic.twitter.com/tdUZeAPRef— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) December 16, 2022
Deschamps bagaimanapun gembira kerana dia masih dapat mengumpulkan kesemua 24 pemainnya dalam padang latihan terakhir mereka.
Namun tidak pasti tahap kecergasan mereka di paras optimum ataupun tidak.
Rabiot is back… pic.twitter.com/ioDcmoN5Ii
— MNLK (@charkal24) December 17, 2022
Deschamps menyatakan dia tidak risau tentang peluang para pemain utama untuk beraksi dalam final.
Berita ini membuatkan peminat bola sepak mulai ragu dengan peluang Perancis untuk menjadi juara.
Perkara yang sama pernah terjadi pada Brazil ketika Piala Dunia 1998. Di mana pemain utama mereka, Ronaldo diserang penyakit misteri.
Peminat Perancis berharap tragedi itu tidak melanda Perancis. Dan percaya pasukan mereka lebih daripada individu, kerana mereka memiliki kekuatan secara bepasukan.
Perancis dalam misi mempertahankan kejuaraan mereka menentang Argentina di final.