Pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele, dilaporkan telah bersetuju untuk mengikut jejak langkah Lionel Messi, untuk berpindah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain secara percuma.
Kontrak Ousmane Dembele di Barcelona tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Pemain itu bebas berunding dengan mana mana kelab untuk pra kontrak dan berpindah secara percuma selepas tamat musim ini.
Dembele sebelum ini diumumkan telah digugurkan daripada sekuad Barcelona kerana enggan melanjutkan kontraknya. Laporta malah menuduh Dembele sebagai tak kenang budi.
Ini kerana Barcelona banyak berkorban untuk Dembele terutama sekali pemain itu memiliki rekod kecederaan yang sangat banyak.
Presiden Barcelona iaitu Joan Laporta ternyata hilang kata kata dengan situasi melibatkan Ousmane Dembele. Di mana sampai ke deadline day pada jendela perpindahan yang lalu, Barca gagal untuk menyingkirkan Dembele.
Fabrizio Romano melaporkan bahawa ada beberapa tawaran diterima oleh Barcelona untuk Ousmane Dembele. Termasuk daripada dua kelab Inggeris pada jendela perpindahan tersebut. Namun Dembele tak nak angkat kaki.
Kemudian Barcelona juga dilaporkan cuba memujuk Dembele untuk menerima pakej disertakan dalam perjanjian Aubameyang. Yang awalnya belum menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan Arsenal.
Itu pun tetap ditolak oleh Dembele. Laporta mengesahkan bahawa kelab ada menawarkan beberapa opsyen yang terbaik untuk Dembele agar dia menerimanya.
Laporta berkata: “Kami mencadangkan dua tawaran untuk dia pergi dan tawaran itu bagus untuk dia. Kami anggap kami sudah mencapai kesepakatan. Namun kami terkejut apabila dia menolak tawaran itu.”
“Terutama yang terakhir sekali tu dari kelab Inggeris. Dia akan berjaya di sana. Tapi dia tak nak dan memilih untuk terus berada di sini untuk baki enam bulan ini. Ini tidak masuk akal. Ini tak ada kebaikan kepada dia dan juga kelab.”
Barca president Joan Laporta explains the current situation with Ousmane Dembélé 🗣 pic.twitter.com/LOEJP5niJg
— ESPN FC (@ESPNFC) February 1, 2022
Lalu Laporta mengesyaki Dembele sudah mengadakan pra kontrak ataupun persetujuan lisan dengan kelab lain untuk pergi secara percuma. Dia mahu mendapatkan wang lebih daripada bonus tandatangan kontrak dan ejennya juga mendapat habuan lumayan.
Barcelona president Joan Laporta reveals: “We think Ousmane Dembélé has an agreement in place with another club”. 🚨🇫🇷 #FCB
“He didn’t want to leave the club in January. It’s really difficult to understand his position, makes no sense for him and for the club”. pic.twitter.com/8FUenLc4w2
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 1, 2022
Dengan kegagalan menjual Dembele, bermakna Barca akan terus menanggung gaji Dembele pada enam bulan terakhir. Dan tak dapat mendapatkan wang daripada penjualannya. Kerana selepas ini dia akan pergi percuma.
Sebelum ini Barcelona membeli Dembele dengan nilai lebih €140 juta daripada Borussia Dortmund. Dengan kontraknya yang sudah berbaki kurang enam bulan, Dembele akan pergi secara percuma kerana Barca gagal menjualnya pada jendela perpindahan Januari.
Dembele kemudian disisihkan daripada pasukan utama. Namun dalam beberapa minggu terakhir ini, Dembele terlibat dalam tugasan pasukan Barcelona.
Dembele malah tampil cemerlang untuk membuktikan bahawa Xavi benar benar mengetahui kualiti yang ada padanya.
Dalam 13 aksi terakhir bersama Barcelona, Dembele menjaringkan 2 gol dan mencipta 7 assist di dalam proses tersebut.
Barcelona kemudian dikatakan telah membuka pintu semula kepada Dembele untuk terus bersama dengan mereka dalam projek pasukan di bawah kendalian Xavi.
Tetapi Dembele dikatakan lebih tertarik dengan tawaran dari kelab negaranya iaitu PSG di Perancis.
Ousmane Dembele has agreed to join PSG in the summer, according to AS 👀 pic.twitter.com/sQVW2lxIXu
— GOAL (@goal) March 26, 2022
Dembele dijangka akan menerima gaji yang sangat lumayan di PSG.
Selain itu PSG juga masih berusaha untuk memujuk seorang lagi pemain antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe agar terus kekal bersama mereka.
Namun Mbappe masih belum memberikan sebarang komitmen kepada PSG. Mbappe juga dikaitkan dengan Real Madrid.
Real Madrid sebelum ini cuba mendapatkan Mbappe pada Januari menerusi 2 bidaan, namun ditolak.