Kejohanan Piala Asia Selatan (SAFF) B-19 wanita menimbulkan kontroversi yang tidak masuk akal.
Ini selepas India diiktiraf sebagai juara selepas memenangi lambung syiling / coin toss.
Komisioner perlawanan dan pengadil sudah pun mengesahkan India sebagai juara. Ianya selepas kedua dua pasukan terikat 11-11 dalam penentuan sepakan penalti.
Lalu pegawai perlawanan memutuskan untuk menggunakan sistem lambung syiling. Ketika India meraikan kejayaan mereka, kem pasukan Bangladesh membantah ‘tie breaker’ dengan cara tersebut.
Mereka menyatakan bahawa coin toss adalah penentuan yang tidak adil dan tidak masuk akal.
Selain itu Bangladesh turut menyatakan bahawa pengadil terus melambung syiling sebelum sempat mereka memilih kepala atau ekor.
Kapten pasukan Bangladesh menyatakan dia tak sedia lagi namun pengadil selamba membaling syiling ke udara.
Kemudian kapten Bangladesh turut menyatakan dia tidak tahu bahawa coin toss itu untuk menentukan juara, dia ingatkan ianya untuk menentukan siapa yang akan mengambil sepakan penalti untuk penentuan menerusi sudden death.
Iaitu satu pasukan memilih untuk menyepak dan satu lagi menjadi penjaga gol.
Pengadil dan pegawai perlawanan kemudian berbincang semula dan menarik semula kejuaraan daripada India, sebelum mereka menjulang piala pun.
Menurut AIFF, pihak penganjur iaitu Bangladesh sendiri yang mencadangkan idea berkongsi piala itu.
Lalu pegawai pun setuju untuk memutuskan bahawa India dan Bangladesh menjadi juara bersama, berkongsi piala.
Kem India awalnya tidak berpuas hati kerana menurut mereka ianya tidak masuk akal komisioner perlawanan tunduk dengan desakan penyokong.
Mereka terus masuk ke bilik persalinan untuk 30 minit. Sebelum mereka menerima keputusan untuk menjadi juara bersama dengan Bangladesh atas nasihat AIFF.
Indian women team are the SAFF U19 champions.
The match decided on a coin toss after a 11-11 in penalty shoot out after a 1-1 draw in full time with goals from Shibani devi (India), Sagorika (Bangladesh).#IndianFootball pic.twitter.com/ZmDGYFapUo
— Sports only (@Sportsfan_77777) February 8, 2024
Setiausaha Umum AIFF, M Satyanarayan berkata: “India, yang awalnya diiktiraf juara menerusi lambung syiling, kami menerima keputusan pegawai perlawanan untuk kami berkongsi trofi dengan Bangladesh.
“Dengan situasi di dalam stadium semakin panas kerana penyokong tuan rumah [Bangladesh] mulai menimbulkan kekacauan.
“Memandangkan kami lebih mengutamakan keselamatan pemain dan pegawai perlawanan, maka AIFF memutuskan untuk bersetuju dengan permintaan daripada pihak penganjur kejohanan.”
@sujanta74 🚨✅| 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋: Both India and Bangladesh are being crowned as the champions of SAFF U-19 Women’s Championship 2024.#fyp #foryoupage #football #saffwomenchampionship
Bangladesh benar benar gembira untuk berkongsi kejuaraan itu.
@sujanta74 🚨✅| 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋: Both India and Bangladesh are being crowned as the champions of SAFF U-19 Women’s Championship 2024 #fyp #foryoupage #foryoupage #football #saffwomenchampionship #fyppppppppppppppppppppppp