Demi Lencana Di Dada, Barcelona Tawarkan Messi Kontrak €200k Setahun + Bonus Perlawanan Khas

Barcelona mempunyai rancangan gila untuk membawa pulang Lionel Messi dari Paris Saint-Germain (PSG).

Khabarnya, Blaugrana merancang untuk membayar La Pulga dengan potongan gaji yang sangat tinggi.

Masa depan Lionel Messi di Paris Saint-Germain (PSG) masih belum jelas. Hal ini kerana Lionel Messi masih belum menyambung kontrak bersama PSG sehingga kini.

Malah, kontrak Messi di PSG tidak lama lagi akan tamat pada penghujung musim 2022/2023 atau tepatnya pada 30 Jun 2023 akan datang.

Malah dilaporkan Leo Messi telah menolak tawaran pembaharuan kontrak pertama daripada PSG.

Laporan dari Perancis menyebut, antara alasan Messi menolak adalah gagal mencapai kesepakatan pada gaji.

Les Parisiens meminta kapten pasukan kebangsaan Argentina menurunkan gajinya di Paris dan sedia menawarkan kontrak 2+1 tahun yang dianggap terbaik untuk Messi yang sudah berusia 35 tahun.

Gaji Messi di PSG sendiri ketika ini sekitar €42 juta semusim sebelum cukai. Dia mendapat sekitar  €730 ribu seminggu.

Messi sebelum itu mendapat €25 juta sebagai bonus tandatangan kontrak.

PSG bukan tak mampu untuk membayar gaji Messi itu pada kontrak baharu, namun mereka mahu mengurangkan potensi pelanggaran peraturan Financial Fair Play (FFP).

Pada awal tahun ini PSG sudah diberikan amaran untuk mengurangkan perbelanjaan tahunan mereka sekurang kurangnya 30%.

Terbaru, Barcelona kini merancang untuk mendapatkan Messi.

Messi sebelum ini dikatakan sudah tak sehaluan dengan pengurusan Laporta.

Namun beberapa minggu lalu, ejen Messi, ayah dia sendiri, sudah bertemu dengan Laporta dan hubungan antara Messi dan Barca dikatakan sudah kembali jernih.

Laporta tidak mahu Messi terus menjauh daripada kelab itu. Memandangkan dia merupakan legenda sepanjang zaman untuk Blaugrana.

Barcelona turut memiliki idea gila untuk membawa Messi. Di mana mereka sedia menawarkan pakej gaji €200 ribu setahun. Jauh daripada apa yang Messi dapat di PSG.

Di mana Messi mendapat sekitar €730 seminggu di sana berbanding angka €200 ribu setahun ditawarkan Barca.

Alasan Barcelona, itu adalah angka maksimum yang mereka mampu tawarkan kepada Messi dalam situasi ekonomi semasa kelab itu.

Dan yakin pemain itu akan sedia mempertimbangkannya demi lencana di dada.

Messi sebelum ini menyatakan bahawa Barcelona adalah kelab dalam hidupnya.

Seterusnya Barcelona sedia menawarkan durasi kontrak mengikut kehendak Messi. Berharap pemain itu akan bersara di kelab itu.

Barcelona turut merancang untuk membuat perlawanan khas untuk menyambut kepulangan Messi. Segala hasil tiket dan cenderamata serta barangan eksklusif yang dijual dalam perlawanan itu kelak akan menjadi milik Messi sepenuhnya.

Laporta telah menganggarkan bahawa Barcelona akan mendapat sekurang-kurangnya €100 juta  daripada perlawanan penghormatan ini.

Kaedah yang akan diambil oleh Barcelona tidak melanggar peraturan FFP, baik dari LaLiga mahupun UEFA. Walaupun mereka berdepan dengan kekangan untuk berbelanja pada masa ini.

Barcelona sendiri masih tak pasti kalau mereka boleh mendaftarkan pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang. Tetapi yakin akan dapat menekan satu lagi butang tuas ekonomi bagi menepati tuntutan La Liga yang meminta mereka menjana sekurang kurangnya €170 juta dahulu sebelum berbelanja.

Selain itu, Barcelona juga akan bersaing dengan Inter Miami dan Al Ittihad yang dilaporkan turut berminat untuk merekrut Messi.

Al Ittihad dilaporkan sedia membayar Messi €300 juta semusim. €100 juta lebih tinggi daripada gaji Cristiano Ronaldo di Al Nassr.

Baca yang lain