Demi Liverpool!

Sebagai peminat sesebuah pasukan bola sepak kita pastinya akan menunjukkan minat kita terhadap pasukan tu. Ada yang membeli jersey dan menggayakan nya sebagai tanda memberi sokongan.

Selain jersey ada pelbagai cara lagi yang para peminat ini gunakan untuk menunjukkan minat dan cinta mereka kepada pasukan yang disokong.

Begitu juga dengan seorang peminat tegar pasukan Liverpool ini.

Peminat Setia Liverpool

Baru-baru ini viral sebuah kereta yang di hias cantik bertemakan Liverpool. Ramai tertanya tanya siapakah gerangan pemilik kereta itu. Beliau adalah Raja Anuar, peminat tagar pasukan bola sepak Liverpool dan Johor Darul Taazim.

Raja Anuar atau lebih selesa di panggil Noah ini meminati pasukan Liverpool sejak ketika usianya 14 tahun lagi. Beliau yang kini berusia 50 tahun masih lagi mengikuti perkembangan pasukan.

Hanya beliau seorang sahaja dalam keluarganya yang meminati sukan bola sepak ini. Beliau mengikut pak cik nya ke Singapura untuk menonton siaran ulangan perlawanan akhir Champion League 1984.

“Abang pun tak tahu waktu tu ada siaran langsung ke tidak.abg ikut pak cik je tengok tu pon siaran ulangan” katanya ketika di tanya sejak bila meminati pasukan Liverpool.

Maka sejak peristiwa menonton bola bersama pak cik nya itu lah beliau menjadi peminat tegar pasukan Liverpool sehingga kini.

Pemain kegemaran

Mengikuti pasukan Liverpool sejak sekian lama sudah tentu ramai pemain yang menjadi pujaan beliau. Antara yang paling beliau minati ialah Ian Rush, John Barnes, Steven Gerrard, Mo Salah dan Trent Alexander Arnold.

Itu antara pemain yang beliau minati dalam Liverpool. Namun yang paling di gemari oleh beliau adalah Steven Gerrard. Bagi beliau Gerrad adalah seorang pemain yang tidak akan ada penggantinya.

Selain corak permainan yang bagus Gerrard juga adalah seorang ketua pasukan terbaik yang pernah Liverpool dan England miliki.

Kenangan Pahit Manis bersama Liverpool

Sepanjang menjadi penyokong Liverpool banyak kenangan pahit manis yang beliau tempuhi.

Apabila ditanya apa kenangan paling pahit sepanjang menjadi penyokong Liverpool beliau menjawab.”tak dapat piala dan dikecam sentiasa menyokong pasukan Yang hanya mempunyai sejarah”.

Kenangan manis beliau menyokong Liverpool sudah pasti apabila Liverpool menjuarai Champions League kali ke-6. “Menang ucl 6 kali terus dapat super cup dan club world cup.terdiam lah haters semua,” kata beliau.

Perlawanan paling tidak boleh di lupakan

Sejak tahun 80-an sehingga kini banyak perlawanan yang telah di saksikan oleh beliau. Namun perlawanan akhir Champions league Istandbul 2005 adalah perlawanan paling beliau gemari.

“Walau kita come back lawan Barcelona hari tu, perasaan dia tak sama macam lawan Ac Milan. Sebab tu perlawanan istanbul tu adalah perlawanan paling abang suka” kata beliau bila di tanya tentang perlawanan paling beliau gemari.

Kalau nak di kata kan perlawanan yang sedap di tonton banyak lagi perlawanan Liverpool yang menghiburkan. Perlawanan menentang Barcelona dan Dortmund juga boleh di kira sebagai perlawanan yang menghiburkan.

Sanggup berhabis demi Liverpool

Menunjukkan cinta pada pasukan beliau sanggup berbelanja besar untuk kepuasan nya.

Bukan satu sahaja kereta beliau yang dicat dan dihias menggunakan tema Liverpool. Kereta lain yang ada di rumah nya juga di hias dengan tema Liverpool.

Motornya juga dihias indah bertemakan Liverpool. Ini lah kepuasan yang beliau dapat dengan menunjukkan rasa cinta dan minat beliau kepada pasukan bola sepak kesayangan beliau.

Kepada abang Noah semoga terus berjaya dan senantiasa sihat. Semoga dapat melihat pasukan Liverpool menjuarai Liga pada musim ini.

Baca yang lain

‘Remontada InsyaAllah’ Kata CR7

Cristiano Ronaldo dengan spontan menyebut ‘remontada InsyaAllah,” ketika ditanya tentang peluang Al Nassr dalam aksi Liga Juara Juara Asia musim ini. Al

Guardiola Cabar De Bruyne

Playmaker sensasi Man City, Kevin De Bruyne sekali lagi terlibat dalam pertelingkahan tepi padang dengan Pep Guardiola. Kali ini De Bruyne tidak