Demi Menyelamatkan Generasi Muda Negaranya, Putin Haramkan Perkahwinan Sejenis Di Rusia

Presiden Rusia, Vladimir Putin kini dikecam hebat oleh warga Eropah selepas mengumumkan bahawa negara Rusia melarang perkahwinan sejenis.

Pro L G B T Q+ menganggap tindakan Putin ini satu langkah ke belakang. Namun Presiden Rusia itu ada alasan tersendiri. Menurut laporan, Putin semakin risau dengan trend terbaru di Rusia, di mana semakin ramai yang tidak risau untuk tidak memiliki keluarga terutamanya anak.

Ini kerana mereka melakukan pembedahan transgender dan kemudian berkahwin sejenis. Sebelum ini ada kerisauan mereka tidak ada anak pada masa akan datang. Kini kerisauan itu tak ada kerana semakin ramai yang berani tampil melakukan perkara serupa dan mengambil anak angkat.

Putin juga dilaporkan kecewa dengan golongan sejenis ini yang semakin berani tampil mengakui mereka berkahwin sejenis, sedangkan sebelum ini ramai antara mereka yang menyembunyikan status mereka kerana ianya satu aib, dan melanggar norma masyarakat dan agama.

Dan beliau menyatakan tindakan itu adalah untuk menyelamatkan generasi baru yang akan datang.

Putin telah mewartakan bahawa larangan perkahwinan sejenis di Rusia berdasarkan suara ramai – referendum – di mana 77% rakyat mengundi untuk tidak merestui perkahwinan sejenis pada Julai 2020.

Namun begitu, Rusia menyatakan mustahil untuk melarang mana mana mereka yang mahu berkahwin sejenis. Tetapi perkahwinan tersebut tidak akan sah di sisi undang undang negara mereka.

Hak sebagai pasangan berkahwin tidak akan dimiliki oleh mereka seperti pasangan berkahwin antara lelaki dan wanita. Jadi, Rusia turut mengumumkan bahawa mahkamah negara tersebut hanya akan mengisytihar bahawa perkahwinan itu haruslah antara lelaki dan wanita.

Selain itu, pasangan sejenis itu tidak boleh lagi mengambil anak angkat berdasarkan perundangan.

Putin menyatakan bahawa, tindakan itu diambil sebagai salah satu prinsip negara mereka yang berpegang kepada rukun ‘a belief in God’.

Dengan itu, laporan di Eropah menyebut, kini pasangan sejenis dan golongan bernafsu sejenis ini akan cuba sedaya upaya menyembunyikan diri mereka kerana mereka risau pentadbiran Putin akan mengambil tindakan yang tidak dijangka.

H**osek*sual di Rusia mulai dikeluarkan daripada akta jenyata pada 1917. Namun diletakkan sebagai kesalahan jenayah sekali lagi pada 1933.

Kemudian, pada 1933, ianya dibenarkan. Namun masyarakat di Rusia masih ramai yang tidak dapat menerima budaya ini.

Salah seorang ahli politik yang lantang menyokong dasar terbaru kerajaan mereka, Pyotr Tolstoy menyifatkan, semua rakyat harus hormat kepada imej negara Rusia yang disifatkannya sebagai negara yang berpegang teguh kepada tradisi. Dan Pyotr memberitahu Associated Press bahawa Rusia tidak mahu mengulangi kesilapan negara negara sebelah Barat.

Di mana ada beberapa negara dilihat, golongan tersebut mulai seperti kaduk naik junjung selepas kerajaan berlembut dan mengiktiraf hak mereka.

Pyotr berkata: “Di beberapa negara, mereka melakukan kesilapan, apabila ada kumpulan dan kelompok L * BT ini diberikan kelebihan tertentu pada hak mereka, dan lebih daripada golongan majoriti.”

Namun pandangan Pyotr itu ditentang hebat oleh mereka yang pro hubungan sejenis. Kerana menurut mereka, yang membuat kesilapan adalah Rusia.

Ini bukan kali pertama Putin membuatkan penyokong hubungan sejenis ini marah. Pada 2014, Putin ditentang hebat dengan protes kerana dia menyatakan negara Rusia tidak akan mengiktiraf perkahwinan sejenis, sambil menyatakan: “Undang undang larangan kahwin sejenis itu tidak memudaratkan sesiapa.”

A man holds up a picture of an painted Russian President Vladimir Putin during the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) Rainbow Pride Parade in Bratislava, Slovakia on June 28, 2014. AFP PHOTO/SAMUEL KUBANI (Photo credit should read SAMUEL KUBANI/AFP/Getty Images)

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.