Demi Prinsip Dan Agama, Mostafa Mohamed Enggan Bermain Dengan Lilitan Pelangi

Penyerang FC Nantes, Mostafa Mohamed telah tidak hadirkan diri ke perlawanan melibatkan pasukan itu menentang Toulouse.

Ramai peminat yang kehairanan kenapa pemain itu tidak dapat memenuhi tugasan tersebut. Adakah dia cedera? Kerana sebelum ini tiada laporan yang menyatakan pemain itu cedera atau digantung.

Akhirnya kelab memberitahu bahawa pemain itu menolak untuk beraksi menentang Tolouse kerana tidak mahu memakai lilitan pelangi sempena kempen menyokong puak tersebut.

Peminat Nantes benar benar bengang kerana ternyata sebelum ini pemain itu turut melakukan perkara yang sama atas alasan yang sama.

Mostafa Mohamed sebelum ini meminta kebenaran khas daripada kelab itu agar dia tidak memakai sebarang simbol atau logo pelangi yang bercanggah dengan pendiriannya sebagai seorang muslim.

Namun kelab memberitahunya, Ligue 1 mewajibkan semua pemain dan pegawai memakainya. Mostafa Mohamed menjelaskan bahawa kepercayaan dan budaya setiap pemain harus dihormati dan ada timbang rasa antara semua pihak.

Tindakannya musim lalu membuatkan dia didenda dan diberikan amaran. Dan dia sedia untuk menerima hukuman sekali lagi musim ini. Pemain itu malah berpotensi kehilangan kertas kontraknya.

Mostafa Mohamed menjadi pemain penting Nantes, Menjaringkan 8 gol untuk mengekalkan kedudukan mereka di Ligue 1.

Dia menyertai kelab tersebut dari Galatasaray sebagai pemain pinjaman dan kemudian membuat perpindahan tetap pada musim panas lalu.

Nantes memberikannya kontrak jangka panjang sehingga 2027. Penyerang asal Mesir itu menjadi antara pemain kegemaran peminat Nantes kerana prestasinya di atas padang.

Peminat Nantes berbelah bagi tentang tindakan Mostafa. Ada yang mengkritiknya. Ada juga yang menyokongnya kerana menurut mereka, lelaki sejati harus berdiri teguh pada prinsip yang mereka pegang walaupun berdepan risiko kehilangan kontrak.