Pasaraya terkemuka Carrfour telah membuatkan ramai marah dan mengecam mereka.
Ini gara gara tindakan pengurusan mereka yang hanya menutup mayat pekerja mereka dengan beberapa payung.
Mereka tidak mahu menutup sementara operasi dan pada masa yang sama tidak mahu mengangkat mayat pekerja mereka yang bernama Manoel Moisés Cavalcante.
Identiti Manoel disahkan sendiri oleh isterinya yang dalam keadaan tak percaya dengan cara majikan melayan suaminya.
Kejadian itu berlaku 14 Ogos lalu. Di mana Manoel mengalami serangan jantung.
Beberapa rakan beliau memberikannya bantuan kecemasan namun malang sekali Manoel tak dapat diselamatkan.
Untuk mengelak mayat tersebut dilihat oleh para pelanggan mereka telah menutupinya dengan payung dan meletakkan beberapa timbunan stok barangan serta kadbod di sekelilingnya.
An employee dies at a Carrefour in Brazil.
The store just covered the body with umbrellas and boxes so they could stay open while they wait for someone to take him away.This is capitalism. pic.twitter.com/EaX6a6etmX
— Anarchist 💣Federation ❤🖤 (@AnarchistFed) August 20, 2020
Pengurusan Carrefour tersebut kemudian meletakkan tanda bahawa kawasan tersebut dilarang untuk dimasuki pelanggan
Gambar insiden itu dikongsi dan diviralkan di seluruh Brazil dan kemudian tersebar ke seluruh dunia.
Ramain mengecam teruk tindakan Carrefour yang dianggap tiada hati perut.
Mereka menunggu ambulans untuk datang mengambil mayat tersebut.
Carrefour telah membuat permohonan maaf di atas tidakan tidak sepatutnya yang mereka lakukan.
Dalam kenyataan mereka Carrefour berkata:
“Carrefour meminta maaf di atas cara yang tidak sepatutnya untuk mengendalikan situasi menegejutkan dan menyedihkan, pemergian Mr Moisés Santos, mangsa serangan jantung di kedai Recife.”
“Syarikat ini melakukan kesilapan kerana tidak menutup kedai secepat mungkin selepas apa yang berlaku. Dan tidak menemui cara terbaik untuk melindungi tubuh Mr Moses.”
Carrefour kemudian menyatakan mereka sudah mengedarkan pekeliling tentang SOP pengendalian kes jarang berlaku seperti ini.
Di mana setiap cawangan mereka harus menutup kedai jika ianya berlaku lagi di masa akan datang. Carrefour mensasarkan kesemua cawangan mereka akan lebih sensitif dan ada rasa hormat.
In Brazil, a salesman in a Carrefour supermarket had a heart attack in the middle of his shift and died.
Carrefour covered his body with umbrellas in the middle of the hallway and continued operating like nothing had happened until the morgue could come pick it up. https://t.co/2gBWawa4UT
— ricardo (@razzmazatz) August 19, 2020
Carrefour kemudian menambah:
“Kami akan terus berhubung dengan keluarga Encik Moses untuk memberikan sokongan dan melakukan apa yang patut. Dan kami menzahirkan rasa simpati di atas masa masa sulit bagi mereka.”
Isteri kepada si mati, mengecam tindakan syarikat tersebut ketika ditemuramah oleh agensi berita Brazil, GI.
“Saya sangat tak sangka. Nampak sangat manusia ni tak ada nilai di mata mereka. Mereka hanya peduli soal wang.”