Kalau tak kontroversi, tak sahlah seorang Mario Balotelli kan?
Terbaru pemain Itali itu meraikan golnya dengan menganjing bekas pengurusnya dahulu yang pernah menggelarkannya tiada otak.
Peristiwa itu berlaku 8 tahun lamanya ketika Mario Balotelli masih bermain di Man City lagi. Lama juga dendam tu berbekas dalam hati Balotelli.
Ianya berlaku pada 2013, ketika Balotelli menyertai kem pra musim Man City di Amerika Syarkat.
Ketika itu Balotelli memutuskan untuk melakukan showboating dengan spin lalu menggunakan backheel dalam situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol LA Galaxy.
Bola tak masuk, dan pengurusnya pada masa itu, Roberto Mancini sangat marah lalu mengeluarkan Balotelli yang dianggap tidak serius.
Bekas pemain Turki, Sergen Yalcin yang ketika itu menjadi pengulas prlawanan melabel Balotelli sebagai tidak ada otak.
Dan terbaru, Balotelli brmain untuk Adana Demirspor, menentang Besiktas, yang kini diuruskan oleh Yalcin.
Besiktas 3-0 di hadapan. Tetapi Mattias Vargas menjadikan kedudukan 3-1. Balotelli kemudian menjaringkan gol kedua pada minit ke-79, memberikan tekanan kepada Besiktas.
Walaupun masih dalam kedudukan 3-2, itu tak menghalang Mario Balotelli meraikan golnya dengan berlari ke arah bangku simpanan lawan sambil menunjukkan otak dengan jarinya. Persis Azizan Osman pada sesi motivasi usahawan.
Balotelli memberitahu Yalcin bahawa dia ada otak kat kepala sambil menunjukkan kedudukannya.
After scoring against Besiktas, Mario Balotelli ran to their manager Sergen Yalcin and pointed at his head…
Yalcin once claimed that Balotelli had 'no brain' 🤭 pic.twitter.com/doV9VxlEZv
— Goal (@goal) September 21, 2021
Keadaan itu membuatkan Yalcin dan pemain serta jurulatih Besiktas marah dengannya. Berlaku siri pertikaman lidah di antara mereka.
Sebenarnya, Yalcin bukan sekali dia menembak Balotelli. Ketika Balotelli dikaitkan dengan kelab Turki, sudah pastinya Besiktas biasanya dikaitkan media sebab kaya raya, Yalcin menolak sebarang kemungkinan mendapatkan Balotelli dengan berkata:
“Kami tidak berminat dengan pemain yang bermasalah. Lebih baik cari pemain yang kurang menimbulkan masalah.”
“Ketika presiden kelab bertanya kepada saya [sama ada saya berminat dengan Balotelli], saya katakan bahawa, kita perlukan pemain yang kurang bermasalah, namun saya tak kata saya menolak sepenuhnya.”
“Dia pemain yang mahal dan pada masa yang sama bermasalah di dalam dan di luar padang. Saya memberitahu presiden, saya tak nak ambil tanggungjawab atas kelakuannya.”
“Kalau kelab rasa boleh bertanggungjawab, maka silakanlah, bawa dia masuk.”
Selepas Balotelli menjadikan kedudukan 3-2, bekas pemain Nottingham Forest, Britt Assombalonga menyamakan kedudukan sangat lewat masa kecederaan 90+7.
Balotelli tersenyum puas membalas dendam dengan membuatkan kelab gergasi itu keciciran mata berdepan mereka.