Dendam Jim Leighton Terhadap Alex Ferguson

Pada tahun 2018, Jim Leighton masih kekal dengan pendiriannya tidak akan bersalam dengan Sir Alex Ferguson – 28 tahun sejak rakan senegaranya itu menyingkirkan namanya bagi menghadapi perlawanan akhir Piala FA.

Ia terus kekal sebegitu sehingga hari ini.

Pada musim 1989/90 Manchester United mara ke perlawanan akhir, bertemu Crystal Palace. Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 3-3 selepas masa tambahan.

Alex Ferguson membuat perbelanjaan besar dengan membeli Leighton dengan harga €1 juta

Perlawanan ulangan diadakan 5 hari selepas itu bagi menentukan pasukan mana yang akan merangkul kejuaraan.

Pada perlawanan ulangan tersebut, Alex Ferguson menyingkirkan nama penjaga gol itu dan Leighton tidak berpuas hati sehingga ke hari ini.

Manchester United menang 1-0 hasil jaringan pemain dari akademi yang dipromosi ke skuad utama, Lee Martin.

Ia menjadi trofi pertama Alex Ferguson di Old Trafford, hadir selepas 3 setengah musim sebagai pengurus pasukan.

“Kami tidak pernah bercakap sejak itu dan tidak akan melakukannya (bercakap) lagi,” kata bekas penjaga gol itu.

Leighton dibeli pada dengan harga €1 juta dari Aberdeen bagi mengantikan Chris Turner yang berhijrah ke Sheffield Wednesday.

Namun hanya sempat menjadi penjaga gol utama selama 2 musim sebelum digantikan dengan penjaga gol simpanan Les Sealy.

Ferguson membuat 1 pembelian lagi pada musim 1991/92, membeli Peter Schmeichel dari Brondby IF dengan harga €750 ribu.

Ferguson menggunakan penjaga gol simpanan pada musim 1990/91 sebelum berjaya mendapatkan Schmeichel

Schmeichel kekal selama 8 musim bersama Manchester United, memenangi pelbagai kejuaraan sebelum ke Sporting CP. Nama Leighton tidak akan dikenang dan tidak terlalu dirindui kerana kecemerlangan Schmeichel.

Punca kemarahan Leighton adalah beliau adalah satu-satu pemain yang digugurkan dari kesebelasan utama ketika perlawanan akhir ulangan.

Penjaga gol yang menggantikannya, Les Sealy memberikan medal yang diperolehinya kepada Leighton, namun ditolak.

Mungkin beliau berasa tercabar kerana beliau adalah penjaga gol lebih berjaya dalam karier berbanding Sealy.

“Saya sudah mempunyai cukup medal kejuaraan sebelum itu.

“Kecuali jika saya dapat berjalan ke atas pentas dan memakai topi, mafla dan mengangkat piala.

“Saya tidak mahu orang punya.” kata Leighton

Walaupun penjaga gol Scotland ini tidak memenangi apa-apa kejuaraan bersama Manchester United sebagai pemain utama, beliau sudah mempunyai 9 kejuaraan di Aberdeen.

Ketika itu pengurus Aberdeen adalah Alex Ferguson.

Beliau mengatakan hubungannya dengan Ferguson sudah cukup sejuk selama enam bulan sebelumnya dan meledak beberapa minggu selepas perlawanan akhir ulangan tersebut.

Leighton berkata terdapat banyak perkara yang beliau tidak suka dengan sikap Ferguson.

“Beliau jauh di depan berkaitan pengetahuan tentang permainan dan taktikal, tetapi dari sudut berurusan dengan orang, ia tidak sama.”

Leighton akhirnya disisihkan oleh Ferguson pada baki 2 musimnya tanpa sebarang perlawanan sebelum dipindah ke Dundee.

Dalam tempoh Leighton berada di Old Trafford, Ferguson membina pasukan yang akhirnya mendominasi kancah domestik selama lebih 2 dekad.

Alex Ferguson menjadi pengurus berjaya di kelab selepas era Sir Matt Busby

Ferguson membuat 8 pembelian yang memberi kesan besar kepada kelab, nama Schmeichel lebih besar berbanding Leighton dalam sejarah kelab.

Steve Bruce, Gary Pallister, Dennis Irwin dan Paul Parker menjadi senarai penting rintisan pertama Ferguson di sana.

Era Gordon Strachan dan Norman Whiteside diganti dengan baik oleh Paul Ince dan Mike Phelan. Bryan Robson berada dikedua-dua bahagian dalam peralihan pemain tengah.

Dan sudah pasti Brian McClair dan Mark Hughes tunjang utama serangan Ferguson sebelum era yang lebih baik muncul selepas itu.

Jim Leighton lebih besar dari kelab? Alex Ferguson tidak membenarkannya ia berlaku.