Ingat tak korang dengan lagu ikonik Rollin nyanyian Limp Bizkit? Ala yang video klip dia sambil pusing stereng kereta tu?
Mesti ingat kan.
Sekarang ini korang boleh mendengar lagi tersebut dalam versi country pula. Kalau korang ingat liriknya, lagi baguslah kerana boleh sing along sekali.
Rollin
Rollin merupakan lagu Nu Metal yang telah membantu Limp Bizkit kepada kegemilangannya.
Lagu legend tersebut telah dicover semula oleh penyanyi country berbakat iaitu Robyn Adele Anderson dan dibantu oleh beberapa rakannya, Sarah Krauss dan Julianne Daly.
Fred Durst merupakan penyanyi utama untuk lagu asal. Lagu ini menjadi lagu killer dalam album panas Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water pada tahun 2000.
Album ini merupakan antara album nu metal terbaik pada zaman tersebut. Ianya terjual lebih daripada 1 juta salinan di seluruh dunia.
Selain daripada Rollin, album Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water juga memuatkan lagu seperti My Generation, My Way, Take A Look Around dan banyak lagi.
Robyn Adele Anderson, Sarah Krauss dan Julianne Daly telah mendebukan lagu Fred Durst ini ke versi yang catchy.
Mungkin ada yang tak suka dan ada yang suka. Itu pilihan masing masing. Apa yang pasti apabila korang mendengarnya, terasa nak jadi Elvis sambil menari.
Korang layan di sini:
Ini bukan pertama kali Robyn Adele Anderson menyanyikan lagu versi rock kepada versi alternatif. Sebelum ini beliau pernah membawa lagu Chop Suey oleh System Of A Down dalam irama jazz.
Lagu tesebut dibawa dengan iringan muzik dengan alat muzik termasuk double bass, piano dan horns.
Banyak lagi la cover minah ni buat. Memang sedap juga. Korang dengar di bawa lagu Eminem ni – Lose Yourself.
Power kan?
Jadi korang yang berkurung di rumah tu, boleh la melayan channel Robyn Adele Anderson.