Dengar Jawatan Di Jerman Kosong, Van Gaal Tiba Tiba Menyatakan Dia Bersara Separuh Je

Louis Van Gaal dianggap antara nama yang sesuai untuk menggantikan Hansi Flick. Memandangkan bekas pengurus Bayern itu sangat memahami bola sepak Jerman.

Van Gaal sebelum ini pernah mengumumkan bahawa dia sudah bersara daripada bola sepak.

Dia mengumumkan persaraannya selepas Belanda disingkirkan oleh Argentina daripada temasya Piala Dunia 2022.

Selepas aksi panas antara Argentina dan Belanda, Van Gaal berkata: “Pertama sekali, saya tak akan meneruskan tugasan sebagai pengurus Belanda. Saya hanya menerima jawatan ini sebelum ini.”

“Ini adalah perlawanan terakhir saya sebagai pengurus untuk kali ketiga bersama Belanda.”

Van Gaal pada 2019 pernah mengumumkan dia bersara daripada bola sepak.

Namun kembali semula sebagai pengurus pasukan Belanda selepas dipujuk oleh KNVB.

Dia kemudian umumkan persaraannya sekali lagi selepas Piala Dunia 2022. Kerana menurutnya, itulah tugasan terakhirnya. Jika tidak kerana Belanda, dia tak akan menerima jawatan itu.

Kini nama Van Gaal berada dalam senarai calon untuk mengisi tempat sebagai pengurus kebangsaan Jerman.

Ini selepas pemecatan Hansi Flick. Van Gaal antara calon pilihan selain Nagelsmann.

DFB dikatakan mungkin terpaksa melupakan Nagelsmann jika Bayern berkeras meminta pampasan sekitar €15 juta untuk mendapatkan pengurus itu.

Bayern sebelum ini memecat Nagelsmann. Namun Bayern masih perlu membayar pampasan baki kontrak pengurus itu.

Salah satu sebab kenapa PSG menarik diri daripada mendapatkan Nagelsmann kerana tidak mahu melayan karenah Bayern.

Selain Van Gaal terdapat juga nama Glasner, Miroslav Klose, Rudi Voller (yang kini interim), Jurgen Klopp, Sammer, Jurgen Klinsmann, Lothar Matthaus, Zinedine Zidane dan Julian Nagelsmann.

Mendengar namanya ada dalam senarai, Van Gaal menyatakan media salah tulis cerita tentang persaraannya. Sebenarnya dia hanya bersara di peringkat kelab.

Untuk peringkat kebangsaan dia masih berminat. Dia tidak bersara sepenuhnya lagi menurut pakar taktikal itu.

“Biasanya saya tidak mahu menjadi pengurus di peringkat kelab je. Namun untuk negara yang hebat, mereka masih ada peluang untuk meyakinkan saya.”

Adakah Van Gaal akan menjadi pengurus pasukan kebangsaan Jerman selepas ini?

DFB mahu segera melantik pengurus baharu kerana mereka mahu persiapan sempurna menjelang Euro 2024. Di mana Jerman menjadi tuan rumah.

Buat masa ini, Rudi Voller menjadi interim.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan