Dennis Tak Mau Bermain Lawan Dortmund Kerana Merajuk Tak Dapat Kerusi Bas Kegemarannya

Bintang Club Brugge, Emmanuel Dennis dilaporkan akan terlepas perlawanan Liga Juara-Juara malam ini kerana alasan sangat diva dan pelik.

Dennis dilaporkan tidak mahu bermain kerana ‘dia tidak dapat duduk di kerusi kegemarannya di dalam bas pasukan’.

Penyerang berusia 23 tahun itu tidak akan tampil menentang Borussia Dortmund sebab kerusi yang dia cop tidak boleh didudukinya.

Tindakan Dennis boleh didenda oleh kelabnya, tegas laporan di Belgium.

Portal sukan Belgium – Het Laatste Nieuws –  melaporkan bahawa penyerang Nigeria itu melancarkan mogok yang tak disangka sangka – sebaik sahaja dia mengetahui kerusi kegemarannya tidak boleh diduduki. Dennis juga dikatakan mengamuk dan marah.

Pengurus Brugge Philippe Clement pada hari Isnin mengatakan bahawa Dennis digugurkan kerana alasan disiplin tetapi tidak mengulas lanjut berkenaan insiden itu.

Pemain berusia 23 tahun itu bersama Brugge sejak 2017 dan menjaringkan dua gol dalam pertembungan Liga Juara-Juara di Real Madrid tahun lalu di Santiago Bernabeu,

Ketika itu beliau dilihat langsung tak dapat dikawal di atas padang.

Dennis turut meraikan golnya dengan gaya siiiiii Cristiano Ronaldo. Dennies menafikan keraiannya itu adalah troll kepada Real Madrid yang melepaskan Cristiano Ronaldo.

Sebaliknya beliau menyatakan dia memang sudah memasang hajat itu dari awal untuk merasai sendiri meraikan gol dengan gaya Ronaldo di Bernabeu.

 

Dia jelas sekali menjadi bintang harapan Brugge pada musim ini. Dennis menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Zenit St Petersburg pada aksi pembukaan musim ini.

Brugge turun berlatih di Signal Iduna Park pada hari Isnin sebagai persediaan untuk pertembungan Kumpulan F malam ini.

Dortmund berada di puncak kumpulan setelah memenangi pertemuan pertama antara kedua pasukan dengan skor 3-0 pada 4 November.

Lazio menduduki tempat kedua di depan Brugge dengan Zenit St Petersburg tercorot.

Wonderkid Dortmund Youssoufa Moukoko berpotensi menjadi pemain termuda yang pernah ada di Liga Juara-Juara hari ini. Ini selepas kelab mengumumkan pemain berusia 16 tahun itu ditambahkan ke dalam skuad mereka untuk perlawanan mereka menentang Club Brugge.

Penyerang  itu memecahkan rekod Bundesliga pada hari Sabtu ketika dia membuat debut untuk Dortmund semasa menewaskan Hertha Berlin 5-2.

Moukoko dapat memecahkan rekod yang kini dipegang oleh bekas bintang Chelsea Celestine Babayaro (16 tahun, 87 hari) yang tampil untuk kelab Belgium, Anderlecht pada tahun 1994.

Pemain muda itu hanya berusia 16 tahun pada hari Jumaat dan mempunyai reputasi yang besar setelah menjaringkan 141 gol dalam hanya 88 perlawanan di pasukan pembangunan Dortmund.