Deontay Wilder Salahkan Suit Perang Punca Kekalahan Dan Nak Pecat Penolong Jurulatih

Deontay Wilder menyatakan beliau tewas di tangan Tyson Fury kerana kerana kostum yang terlalu berat dipakainya ketika menuju ke ring.

Dan Wilder kini mengesahkan sedang mempertimbangkan untuk menagktifkan klausa rematch dengan Tyson Fury.

Fury menghadiahkan Wilder dengan kekalahan pertama dalam kariernya di MGM Grand untuk menjadi juara dunia heavyweight WBC.

Deontay Wilder yang digelar Bronze Bomber, memberitahu The Athletic bahawa pertarungan di antara beliau dan Tyson Fury masih belum berakhir.

Menurut Wilder, dia tewas dalam pertarungan ini kerana suit perang yang dipakainya telah membuatkan kakinya lemah.

Suit perang tersebut terlalu berat dan ia telah memberikan impak kepada fizikalnya.

Kedua dua petinju memasuki ring dengan gimik masing masing.

Wilder jelas sekali tak puas hati dengan rakan sparring dia, Jay Deas kerana isu tersebut. Dan mungkin akan menamatkan kerjasama dengan Jay Deas selepas membuat penilaian selepas ini.

Deontay Wilder turut mengesahkan beliau akan menilai semula kedudukan pembantu jurulatih, Mark Breland kerana membaling masuk tuala pada pusingan ketujuh.

Wilder berkata: “Saya lebih sanggup mati daripada melihat tuala itu dilempar ke gelanggang. Saya seorang pahlawan.”

Dalam sukan tinju, membaling tuala (biasanya tuala putih) ke dalam gelanggang adalah tanda menyerah kalah.

“Saya sudah pesan dengan semua mereka selama ini, jangan sesekali ada yang membaling tuala ke dalam gelanggang, atau menganggung akibatnya.”

Wilder kemudian mengkritik wasit yang menurutnya membenarkan Tyson Fury melakukan tumbukan yang tidak sepatutnya / foul termasuk di bahagian tengkuknya.

https://youtu.be/OrnbhmOqP8M

Deontay Wilder akan cuba memastikan ada trilogi untuk pertarungan beliau dengan Tyson Fury.