Barcelona akan beraksi dalam Liga Juara-Juara UEFA pada aksi Rabu menentang Bayern Munich.
Ianya perlawanan hidup dan mati untuk Barcelona. Jika gagal menang mereka akn tersingkir daripada pertandingan UCL.
Jika seri, Barcelona akan mengharapkan Benfica tewas kepada Dynamo Kyiv dalam pertembungan Kumpulan E yang satu lagi.
Bagaimanapun, gergasi Ukraine itu belum memenangi walaupun satu perlawanan pun di Eropah pada musim ini dan Barca tidak dapat mengawal apa yang berlaku dalam perlawanan itu.
Sebaliknya, tumpuan untuk Xavi Hernandez & anak anak buahnya adalah perlu berada dalam keadaan terbaik untuk menewaskan Bayern dan layak ke Pusingan 16.
Walaupun tugas itu bukan mudah, namun penyerang sayap Barca, Memphis Depay menyatakan bahawa para pemain bersedia untuk membalas dendam kekalahan di tangan Bayern dalam beberapa pertemuan sebelum ini.
Depay memberikan jaminan bahawa mereka akan memberikan segala-galanya dalam mengejar kemenangan dan membalas dendam kalah dengan agregat 11-2 dalam 2 perlawanan terakhir mereka sebelum ini.
Barca tewas 3-0 dalam pertemuan terakhir mereka dan pernah dimalukan Bayern dengan kekalahan 2-8 dua musim yang lalu.
Pemain antarabangsa Belanda itu seterusnya menambah bahawa pasukan Barcelona setanding Bayern dari segi kualiti.
Depay kemudian menyatakan bahawa Barcelona harus sentiasa beraksi di pentas UCL dan bukannya tersingkir ke UEL.
“Kami mahu membalas dendam terhadap Bayern Munich. Kami akan cuba yang terbaik. Barça sentiasa perlu berada dalam Liga Juara-Juara Eropah [bukannya tersingkir ke Europa],” kata pemain berusia 27 tahun itu.
Depay is ready for Bayern Munich 👀 pic.twitter.com/8yVPc0owt7
— ESPN FC (@ESPNFC) December 6, 2021
Depay nampaknya bermotivasi menjelang perlawanan, tetapi bekas pemain Olympique Lyon itu perlu meningkatkan lagi prestasinya.
Pemain asal Belanda itu masih belum menjaringkan gol untuk Barcelona dalam Liga Juara-Juara UEFA musim ini dan benar-benar menyedihkan apabila kelab itu tewas 0-1 kepada Real Betis dalam aksi La Liga hujung minggu lalu.
Kegagalan untuk mengalahkan Bayern, ditambah pula dengan kemenangan Benfica menentang Dynamo Kyiv, boleh menyaksikan Barcelona menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan E dan tercicir ke Liga Europa UEFA untuk peringkat kalah mati.
Amaran Depay itu seolah membalas kenyataan Muller sebelum ini yang mahu Bayern membantai Barcelona dalam aksi UCL demi bola sepak Jerman yang menurutnya dipandang rendah oleh beberapa pihak.
Muller Anggap Ballon d’Or Penghinaan Kepada Mereka, Ajak Bayern ‘Rembat’ Barcelona Dalam Aksi UCL
Thomas Muller sangat bengang dengan Ballon d’Or dan menganggap kemenangan Messi sebagai satu penghinaan kepada Robert Lewandowski serta bola sepak Jerman.
Ini kerana menurut Muller, sekali lagi hak pemain Bayern serta Bundesliga dinafikan sekali lagi sama seperti yang berlaku kepada Franck Ribery pada 8 tahun yang lalu.
Di mana ketika itu Ribery membantu Bayern Munich memenangi treble yang disaluti kejuaraan UCL. Namun masih gagal mendapat Ballon d’Or.
Sejarah tersebut seakan akan berulang sekali lagi lagi ke atas pemain Bayern Munich iaitu Robert Lewandowski.
Selepas memenangi FIFA Best 2020, Lewandowski dicanang sebagai calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or kali ini.
Malangnya pemain antarabangsa Poland itu kecudang di tangan Messi. Mujur Ballon d’Or mewujudkan 2 anugerah baru. Dan salah satu daripadanya adalah Anugerah Penyerang Terbaik. Yang diberikan kepada Lewandowski.
Ramai yang menganggap anugerah itu adalah anugerah ambil hati. Kerana, kenapa hanya wujudkan penyerang terbaik sahaja? Bagaimana dengan pemain tengah dan pertahanan terbaik?
Menulis dalam Linkedin miliknya, Muller berkata: “Dari sudut pandangan seorang Bavarian, Polan dan daripada sudut pandangan liga Jerman, penganugerahan Ballon d’Or semalam adalah satu kekecewaaan sebenar.”
“Walaupun saya dah berada lama dalam bidang ini dan sebenarnya tidak terlalu terkejut pun dengan keputusannya – yang mirip kepada apa yang berlaku pada 2013 kepada Franck Ribery.”
“Semua perkara ini menguatkan lagi diri saya, kita ada pemain pemain hebat di dalam Bundesliga dan kita tak seharusnya menyembunyikan diri kita.”
“Oleh itu kejayaan di peringat antarabangsa diperlukan untuk pengiktirafan global.”
Oleh itu Thomas Muller merasakan bahawa, mereka harus membuktikan sekali lagi keupayaan mereka untuk memenangi piala antarabangsa seperti UCL.
Apa yang berlaku juga menjadi motivasi dan memberikan kekuatan kepada dia dan rakan rakannya untuk melakukan sesuatu bagi memberitahu dunia, apa yang bola sepak Jerman boleh lakukan.
Lalu Thomas Muller melaungkan semboyan kepada rakan rakannya untuk memulakan misi itu dengan menewaskan Barcelona dalam aksi UCL pada Rabu akan datang.
“Apa yang berlaku ini juga akan menjadi motivasi terkuat saya untuk memberikan apa sahaja yang saya mampu ke dalam pasukan dalam usaha membawa semula Liga Juara Juara Eropah kembali ke Munich dan menunjukkan kepada dunia bola sepak apa yang sebenarnya berlaku.”
“Paling penting nak menunjukkan apa yang bola sepak Jerman boleh lakukan. Kita ada peluang seterusnya untuk melakukannya pada Rabu akan datang dalam perlawanan Liga Juara Juara Eropah berhadapan dengan Barcelona. Ayuh lakukannya”
Muller tetap mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi yang dianggap salah seorang pemain bola sepak terbaik yang pernah dilahirkan.
Namun pada masa yang sama masih berpendirian bahawa Robert Lewandowski adalah lebih layak untuk membawa pulang Ballon d’Or pada kali ini.
“Jadi tahniah kepada Lionel Messi di atas kemenangan Ballon d’Or, walaupun saya memikirkan bahawa Robert Lewandowski lebih layak menerimanya kali ini.”
Lionel Messi dalam ucapannya turut meminta Ballon d’Or memberikan anugerah edisi 2020 kepada Lewandowski kerana menurutnya pemain Poland itu paling layak menerimanya.
Edisi 2020 dibatalkan kerana penganjur tidak mahu menganjurkan anugerah di tengah tengah pandemik.
Bayern Munich akan berdepan dengan Borussia Dortmund dalam aksi Der Klassiker. Dan kemudian diikuti aksi berdepan dengan Barcelona yang merupakan bekas kelab Lionel Messi.
Bayern sebelum ini mencipta rekod yang cemerlang ke atas Barcelona dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Barcelona kini menerima motivasi baharu selepas perlantikan Xavi Hernandez sebagai pengurus. Di mana mereka sudah mencipta beberapa keputusan positif di atas padang.