Depay Sedih Tak Sempat Jumpa Messi

Pemain antarabangsa Belanda, Memphis Depay sebelum ini menyatakan kegembiraannya dalam menyertai Barcelona. Dan beliau sangat teruja dengan prospek dapat bermain bersama dengan Messi di Nou Camp.

Namun malangnya, Depay malah tak sempat bertemu ataupun menyapa Messi dengan ‘hai’ sekalipun.

Walaupun begitu Depay berterima kasih dengan pemain seperti Gerard Pique dan Sergino Dest yang banyak membantunya untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu di Barca.

Depay menyertai Barcelona selepas memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan Lyon. Depay menyertai Barca secara percuma. Dan beliau menikmati hari yang baik dalam kempen pra musim dan pemulaan musim ini.

Ketika Depay tiba di Barca, Messi ketika itu masih bercuti selepas kemenangan Copa America.

Depay berkata: “Saya tak sempat berkenalan dengan Messi sekalipun. Dia datang ke kem kami agak lewat kerana dia bercuti selepas Copa America. Dan saya malah tak sempat lagi nak menyebut hai dekat dia.”

Depay tidak risau dengan persefahamannya dengan Koeman. Kerana beliau sudah tahu taktikal Koeman dengan baik.

“Saya tahu apa yang Koeman mahu daripada saya. Saya tahu apa yang harus saya lakukan, dan kami berdua ada keserasian. Itu adalah perkara yang sangat penting.”

Selain itu, Depay juga ada rakan sepasukan dari Belanda iaitu Frenkie De Jong, tempat beliau mendapatkan nasihat selain daripada Pique dan Dest.

“Semua orang di sini sangat ramah dan mereka membuatkan segalanya mudah untuk saya. Pique banyak membantu saya sebab BI dia bagus. Jordi Alba seorang yang kelakar.”

“Dan tentunya Frenkie dan Dest juga, kerana mereka berdua ni memang saya dah kenal. Ianya suasana bilik persalinan yang sangat bagus.”

Ditanya, apakah yang beliau mahu sajikan kepada peminat? Depay menjawab:

“Saya akan cuba memberikan lebih dalam segalanya di atas padang. Di mana ianya sangat penting untuk pasukan, untuk memberikan keseronokan dalam permainan ini.”

“Sebab itu, hubungan dengan penyokong sangat luar biasa. Ianya membuatkan saya merasa sangat hebat dan saya berharap itu akan terus kekal begitu. Saya akan memberikan segalanya di atas padang agar para penyokong menikmatinya.”

Sabarlah Depay dan Aguero.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.