Jurulatih pasukan kebangsaan Perancis, Didier Deschamps, nampaknya sudah berubah fikiran dan membuat u turn tentang kedudukan Paul Pogba dalam skuad Piala Dunia Perancis.
Deschamps sebelum ini menyatakan dia sudah menyediakan satu tempat untuk Pogba kembali ke pangkuan pasukan selepas dia menjalani pemulihan.
Walaupun pemain itu mungkin hanya separuh cergas pada hari Piala Dunia bermula.
Namun kini, pengurus itu membuka peluang untuk slot itu diisi pemain lain. Dan dia mulai mempertimbangkan untuk tidak membawa Paul Pogba ke Piala Dunia 2022.
Peluang Paul Pogba untuk ke Piala Dunia 2022 nampaknya semakin berkurangan.
Pogba mengalami kecederaan lutut yang teruk ketika berlatih bersama Juventus dalam jelajah pramusim di Amerika Syarikat pada permulaan musim 2022-2023.
Kecederaan itu menyebabkan Pogba tidak turun beraksi dalam aksi pra musim Juventus dan kemudian terus dirawat.
Pada awalnya, Pogba dilaporkan mahu menjalani pemulihan dengan fisioterapi konvensiolan dan pelbagai rawatan tanpa pembedahan.
Walaubagaimanapun, perkembangan kecederaan tidak bertambah baik dan memerlukan langkah yang lebih serius. Pakar perubatan Juve kemudian memujuk Pogba untuk menjalani pembedahan.
Akhirnya, Pogba memutuskan untuk menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan lututnya.
Akibat pembedahan itu, pemain tengah berusia 29 tahun itu terpaksa berehat panjang.
Pogba perlu berehat sekurang-kurangnya lapan minggu dan pada ketika ini, laporan menyebut, dia dijangka akan kembali bersama Juventus pada 31 Oktober 2022.
Dengan anggaran itu, Pogba mungkin akan melakukan debut kedua bersama Juventus pada 10 November 2022 menentang Hellas Verona. Dan kemudian dia akan terus bersama skuad Perancis pada akhir November untuk aksi Piala Dunia Qatar 2022.
Sebelum ini jurulatih pasukan kebangsaan Perancis, Didier Deschamps, dikatakan masih mahu membawa Pogba walaupun keadaannya belum cergas.
Pogba mempunyai tempat istimewa dalam skuad pasukan kebangsaan Perancis dan mempunyai sumbangan besar kepada skuad Les Bleus.
Namun baru-baru ini, Deschamps membuat kenyataan tegas bahawa dia telah mengubah fikirannya. Beberapa peminat turut mempersoalkan keadilan buat pemain lain. Bagaimana dengan pemain yang berhak mendapat tempat mengisi slot kosong itu? Atau bagaimana dengan beberapa pemain lain di masa lampau yang disisihkan daripada pasukan kebangsaan atas alasan kurang cergas.
Jadi kini, Deschamps mengubah polisi ke atas Pogba. Di mana pemain itu harus membuktikan bahawa dia benar benar cergas untuk menyertai Perancis pada masa itu nanti.
Selepas perbincangan dengan staf kejurulatihannya, Deschamps akhirnya memutuskan enggan membawa pemain yang tidak berapa cergas dan kemungkinan akan menjadi pemain simpanan mati [tak dapat digunakan] untuk skuad Perancis.
Selain itu Deschamps yakin, Paul Pogba sendiri pasti tidak mahu untuk dipanggil ke skuad kebangsaan atas dasar dia pemain berjasa sebelum ini sedangkan dia tak cergas pada ketika itu.
“Dia tidak akan masuk ke dalam skuad hanya kerana dia adalah ‘pemain utama’,” kata Deschamps.
“Jika dia tidak bermain sebelum Piala Dunia dan tidak berada pada tahap terbaiknya, ia hanyalah sia sia dan tak ada gunanya untuk memanggilnya ke dalam pasukan.”
“Dia sendiri pun tidak mahu [untuk dipanggil dengan cara sebegitu],” tuntas Deschamps .
Pogba tidak mungkin disenaraikan dalam skuad Perancis jika dia hanya boleh bermain pada 10 November 2022.
'It is useless'
France coach Didier Deschamps warns Paul Pogba that he won't automatically be selected for the World Cup https://t.co/W2CCDi1m3d
— MailOnline Sport (@MailSport) September 15, 2022
Setakat ini, tarikh itu hanya anggaran. Dan ianya belum mutlak. Kemungkinan Pogba akan melepasi tarikh anggaran itu untuk benar benar pulih.
Jadi walaupun agak mustahil untuk Pogba mendapatkan minit yang banyak sebelum Piala Dunia itu, Deschamps tetap berharap pemain itu mendapat beberapa minit perlawanan penting untuk kecergasannya.
Deschamps turut ditanya tentang komennya tentang Pogba yang mengakui dia bermain bomoh.
Deschamps berkata: “Itu kepercayaannya, saya tidak ada hak untuk campur tangan dalam perkara yang dia sendiri percaya.”