Deschamps OK Je Pogba Berdukun: “Saya Tak Ada Hak Mempertikaikan Benda Dia Percaya”

Pengurus Perancis, Didier Deschamps menjawab beberapa soalan media berkaitan pemain pasukan Perancis.

Antara soalan yang ditanya kepadanya adalah melibatkan Pogba yang dilaporkan telah membelanjakan jutaan euro untuk berdukun.

Sebelum ini abang kepada Pogba iaitu Mathias Pogba telah mendedahkan bahawa Pogba suka berdukun. Sambil menuduh adiknya itu cuba menguna-gunakan Mbappe dengan sihir kerana cemburu dengan pemain tersebut.

Kenyataan itu dikatakan membuatkan kem Kylian Mbappe dan juga keluarganya tidak gembira dan menyiasat kebenaran perkara itu.

Paul Pogba tampil menjawab tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa dia hanya berdukun untuk mendapatkan tangkal pelindung daripada kecederaan dan tak lebih daripada itu.

Paul Pogba juga menegaskan bahawa dia tak pernah sesekali memikirkan untuk menggunakan ilmu hitam bagi menyantau orang lain termasuk rakannya sendiri di kem Perancis.

Deschamps mengambil pendekatan terbuka dalam perkara itu lebih lebih lagi Pogba berdukun untuk menjaga prestasinya.

Deschamps turut mendedahkan bagawa perkara seperti itu bukan benda baru dalam bola sepak. Ianya sudah menjadi sebahagian daripada persekitaran bola sepak.

Wartawan bertanya: “Dalam kes “Pogba”, seperti yang dilaporkan sebelum ini, dia mengamalkan amalan berdukun. Bagaimana anda melihat amalan ini?”

Deschamps menjawab: “Saya tinggal di planet yang sama dengan awak. Setiap orang mempunyai kebebasan kepercayaan ini. Tak, itu sama sekali tidak akan mengganggu saya.”

“Saya di sini bukan untuk menilai. Jika ia boleh membuatkan sesetengah orang berasa lebih baik, ia adalah sebahagian daripada persekitaran sukan dan di luar sukan.”

Pogba kini masih tidak dapat beraksi selepas menjalani pembedahan.

Deschamps memberikan jaminan bahawa dia akan sentiasa terbuka menerima kehadiran Pogba jika pemain itu sempat cergas sebelum Piala Dunia bermula.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan