Detik Anas Cuak, Sedari Dirinya Ucap Terima Kasih Pada Isteri & Girlfriend Sekali

Dalam satu perlawanan, pemain Free State Stars, Mohammed Anas telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Beliau ketika itu membantu pasukan beliau untuk seri 2-2 dalam perlawanan menentang Ajax Cape Town.

Pemain berasal dari, Ghana Mohammed Anas dinobatkan sebagai pemain dengan ucapan paling mengejutkan dalam sejarah.

Dan seperti pemain lain yang menerima anugerah serupa, Mohammed Anas diberikan peluang memberikan ucapan ala oscar di kaca tv.

Namun malam Anas pada ketika itu bertukar mendung. Ini kerana Mohammed Anas secara spontan mengucapkan terima kasih kepada isteri dan kekasihnya pada masa yang sama.

Anas yang menyedari tindakannya kemudian terus cover line menyatakan bahawa dia sebenarnya tersasul.

Sikap suspicious Mohammed Anas yang kemudian seolah olah tahu dia bakal disoal siasat panjang lebar di rumah menarik perhatian.

Anas berkata: “Pertama sekali saya menghargai sokongan peminat saya. Juga kepada isteri dan kekasih saya,” kata Anas seperti yang dikutip dari The Telegraph.

Anas tergagap dalam beberapa saat setelah dia menyedari kesalahannya. Seketika, dia menjelaskan kata-katanya.

“Maaf, isteri saya! Saya benar benar minta maaf, isteri saya, Saya sayang awak dengan sepenuh hati,” katanya.

“Terima kasih [kepada isteri] kerana menyokong saya dengan berada di sini,” tambah beliau lagi.

Kalau betul Anas pasang dua, dikira kantoilah. Tapi jika Anas memang tersasul dan tidak ada kekasih gelap pun masih dalam masalah besar juga nak menjawab di rumah.

Ramai netizen mengusik. Ada yang bertanya, bila agaknya pengkebumian Mohammed Anas?

Seorang lagi warganet mengusik kasara: “Mari sama sama berdoa untuk  Anas kerana kes pembunuhan sedang dalam pembikinan.”

Respon Mohammed Anas selepas jadi sensasi internet

Mohammed Anas menyatakan dia terkejut kerana video utu menjadi tular. Ketika itu video itu dikongsi di banyak platform.

“Saya dan famous sekarang, semua orang di seluruh dunia kenal saya.”

Anas memberitahu The Mirror, isterinya ok dan faham. Girlfriend yang disebut Anas itu adalah panggilan sayangnya kepada anak perempuannya.

“Semua ahli keluarga saya tahu yang saya panggil anak perempuan saya dengan perkataan girlfriend. Itu yang saya maksudkan ketika itu.”

“Saya mana ada teman wanita, selain isteri saya.”

“Isteri saya baik baik sahaja. Dia tahu saya lelaki yang baik, dan saya tak bimbang pun.”

Baguslah Anas, risau juga kami dibuatnya. Kantoi beli joran pun payah nak bersilat, ni kan pula hal girlfriend macam ni.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan