Detik AS Roma Jemput Keyboard Warrior Buktikan Sendiri Skilnya Depan Gol

Pada 2019, AS Roma telah mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada keyboard warrior membuktikan kata kata mereka.

Penyokong memang sarat dengan emosi. Itu semua sebab mereka sangat bersemangat menyokong pasukan mereka.

AS Roma mempunyai cara unik untuk menutup mulut penyokong yang toksik di ruangan komen semasa perlawanan. Bukan sekali namun dikenalpasti ada beberapa individu sudah berkali kali bersikap toksik.

Lalu AS Roma mencabar penyokong untuk terlibat dalam satu sesi latihan sebelum sepak mula untuk melihat sejauh mana mereka benar benar bagus dalam menjaringkan gol.

Seorang penyokong Roma bernama Nicolai berkata: “Aku pun boleh skor gol macam tu, bawa aku ke Olimpico, nanti aku buktikannya,” kata penyokong Roma Marco Nicolai pada 2019 di akaun Facebook rasmi kelab itu.

Ketika itu, beliau mengulas tentang post sorotan gol Cengiz Under. Di mana video tersebut telah menunjukkan Under menjaringkan gol jarak dekat ketika AS Roma menentang Parma.

Under meraikan gol itu dan peminat peminat Roma yang lain  turut bergembira dengannya.

Nicolai pada masa itu menilai bahawa tiada apa yang patut dibanggakan sangat gol macam tu. Kerana dia pun mampu menjaringkan gol yang lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh Under.

Dia seolah-olah tidak tahu ada apa-apa akibat komennya di media sosial. Sebabnya adalah, admin Twitter Roma yang terkenal dengan savagenya telah memerhati komen itu, yang kemudiannya menjemput Nicolai untuk melakukan sesuatu yang serupa di Stadio Olimpico.

Pada mulanya, Nicolai dijemput dari rumahnya, dijemput untuk menonton perlawanan, dan duduk di bangku VIP tajaan Hyundai. Dia dijemput untuk menonton perlawanan itu terlebih dahulu semacam kejutan hari jadi.

Dia sangat sangat gembira dan menyatakan rakan rakannya pasti cemburu melihat dia mendapat pakej lawatan khas itu. Masuk ke OIimpico sebagai VIP adalah impian setiap penyokong Roma.

Kemudian, di tepi padang dia melihat kembali komennya dipaparkan di skrin digital stadium. Dan pihak AS Roma memberikannya peluang untuk menjaringkan gol menerusi peluang yang mirip dengan Under di hadapan ribuan penyokong AS Roma.

Nicolai menyahut cabaran itu dengan menyarung jersi tertera namanya. Nicolai diberi tiga peluang untuk membuktikan kata katanya.

Apakah hasilnya? Ternyata Nicolai tidak dapat menjaringkan gol yang sama seperti yang dilakukan Under Cengiz ketika menentang Parma.

Dia tergelincir pada percubaan pertamanya. Dan hanya mampu terbaring mengenangkan nasib dirinya pada hari itu. Dia tak sangka, tetamu VIP akan dijemput untuk membuktikan bahawa dia tak hanya bercakap tak serupa bikin.

Satu stadium tergelak melihat kelakuannya ketika itu. Mungkin dia harus memakai kasut bola.

Kemudian, sepakan kedua tersasar. Dia sedar dia cuma ada satu lagi peluang untuk menjaringkan gol.

Dan pada percubaan ketiga, Nicolai melakukan sepakan yang tersasar sedikit dari gawang ketika dia sudah melencongkan bola menewaskan penjaga gol.

Ia juga membuktikan bahawa menjaringkan gol bukanlah semudah yang disangka. Di samping itu, acara itu adalah sebahagian daripada pemasaran produk komersial yang menaja kelab. Dari perspektif pemasaran, ia berjaya kerana orang ramai bercakap mengenainya sehingga beberapa tahun akan datang.

Nicolai berjanji dia tak akan memperlekehkan lagi mana mana gol pemain Roma selepas ini.

Korang boleh saksikan detik bersejarah dalam hidup seorang keyboard warrior itu di sini:

Jangan sampai ada antara korang yang kena jemput macam ni pulak kan?

Baca yang lain