Lihat Detik Aubameyang Tak Sengaja Menjatuhkan Trofi Dan Reaksi Putera Williams

Pierre Emerick Aubameyang terus menjadi magis untuk Arsenal.

Beliau sebelum ini menjadi pemain yang menghancurkan Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Dan semalam, Aubameyang menjadi pemain yang menghancurkan Chelsea.

Dua gol oleh Aubameyang telah membantu Arsenal untuk menjulang Piala FA ke-14 dalam sejarah kelab mereka.

Arsenal terlebih dahulu ketinggalan dalam perlawanan ini. Ianya apabila Christian Pulisic meletakkan pasukan Chelsea di hadapan seawal minit ke-5 perlawanan.\

Namun The Gunners berjaya bangkit menerusi 2 gol oleh Aubameyang. Satu gol di setiap babak.

Gol pertama adalah menerusi sepakan penalti yang dimenangi sendiri oleh Aubameyang.

Manakala gol kedua adalah menerusi satu chip yang jahat menewaskan Caballero.

Chelsea menamatkan saingan dengan 10 pemain. Selepas Kovacic dibuang padang kerana kad kuning kedua dikutipnya.

Ketika majlis penyerahan piala, Aubameyang selaku kapten pasukan telah mengambil sendiri piala.

Ini kerana SOP kesihatan bermaksud, tiada penyerahan piala daripada VIP seperti sebelum ini.

Aubameyang yang teruja dengan piala di tangannya telah tidak sengaja menjatuhkan piala tersebut.

Reaksi Lacazette paling real. Beliau sangat terkejut dengan aksi seperti itu.

Detik kelakar itu menjadi perhatian netizen, yang turut tumpang ketawa dengan kelucuan aksi tersebut.

Aubameyang pula tergamam dengan tindakannya.

Paling menarik, Putera Williams yang mengikuti perlawanan ini dari istananya telah berseloroh menyatakan: “Itulah sebabnya kamu perlukan Presiden di sana.”

Beliau melihat kesulitan dihadapi oleh Aubameyang.

Ada yang bergurau menyatakan: “Aubameyang, menghancurkan pertahanan, serta menghancurkan piala sekali.”

Apapun, Aubameyang akhirnya berjaya menjulang piala untuk Arsenal selaku kapten.

Musim ini musim yang penuh suka duka buat penyokong Arsenal. Kejayaan ini memberikan senyuman buat Arsenal yang sudah terlepas slot UEL daripada merit kedudukan liga.

Namun kejayaan menjulang Piala FA membuatkan mereka mara dengan tiket juara Piala FA.

Sudah pastinya Arsenal tak mahu terlepas aksi di Eropah sekurang kurangnya UEL.

Aubameyang masih belum melanjutkan kontrak beliau di Arsenal.

Arteta pula sudah menyuarakan keyakinan beliau bahawa penggempur berbisa beliau itu akan terus kekal di Emirates.

Aubameyang ternyata menjadi nadi penting Arteta untuk membentuk pasukan musim hadapan.

Baca yang lain