Detik Cemas, Pemain Hungary Guna Selimut Tutup Rakan Mereka Yang Menerima Rawatan

Pemain Hungary Barnabas Varga terlibat dalam satu pertembungan dengan penjaga gol Scotland, Angus Gunn ketika pertembungan di antara kedua dua negara pada aksi terakhir peringkat kumpulan A Euro 2024.

Varga, 29, terpaksa diusung keluar padang menggunakan stretcher selepas pertembungan di udara dengan Angus Gunn.

Detik cemas membuatkan peminat di stadium tergamam apabila pemain pemain Hungary memberikan isyarat kepada pegawai perubatan agar bergegas untuk memberikan rawatan kerana pemain itu dilihat tidak sedarkan dirinya selepas pertembungan itu.

Beberapa pemain Hungary juga dilihat sudah menitiskan air mata mereka melihat rakan mereka itu.

Beberapa pemain membina benteng dan menutup dengan selimut ketika Varga menerima rawatan di atas padang.

@axello_tacts

Get Well soon Varga! news di bio🔗

♬ Epic Inspiration – Kidmada

Tindakan itu dipuji oleh peminat bola sepak yang berharap kecederaan itu tidak terlalu serius.

Perlawanan dihentikan seketika selama 7 minit untuk memberikan peluang kepada Varga menerima rawatan sebelum dia diusung oleh petugas medikal keluar.

FA Hungary kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan Varga adalah stabil. Namun dia akan menerima rawatan lanjut di atas pelanggaran yang memberikan impak kepadanya

Selepas perlawanan disambung semula, Hungary mencetak gol pada serangan terakhir dalam perlawanan ini, pada lewat masa kecederaan. Untuk menang 1-0 ke atas Scotland.

Sekaligus menyingkirkan Scotland daripada Euro 2024. Hungary masih mengintai peluang untuk mara dengan tiket pasukan tangga ketiga terbaik yang diberikan kepada 4 pasukan.