Di tengah-tengah skandal kes Negreira dan Barcelona, terdapat banyak suara dalam bola sepak yang menuntut lebih ketelusan dalam kerja pengadil bola sepak.
Kini semakin banyak perbincangan tentang mutu pengadilan dibincangkan. Peminat Real Madrid pastinya antara yang paling lantang mengecam Barcelona, kerana faktor perseteruan mereka.
Sebagai tindak balas, penyokong Barca kembali menularkan temubual kontrovers bekas pengadil EPL, Mark Clattenburg, ketua pengadil dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Milan antara Real Madrid dan Atlético.
Pengadil memberikan temu bual bersama program ‘The Brazilian Shirt Name’, di mana beliau menerangkan pelbagai situasi yang berlaku di San Siro dalam perlawanan itu.
Penjelasan pertama adalah mengenai jaringan ofsaid Sergio Ramos, yang meletakkan Real Madrid di hadapan pada minit pertama permainan. Di mana menurut Clattenburg, dia pelik kerana alatan komunikasi mereka tiba tida tidak berfungsi ketika gol ofsaid oleh Sergio Ramos.
Ketika itu, Clattenburg mahukan kepastian sama ada bola tersebut ada terkena Bale terlebih dahulu? Jika itu berlaku maka Ramos dikira ofsaid.
Malangnya dia tidak mendapat sebarang respon daripada penjaga garisan yang kelihatan tidak berbuat apa apa ketika itu.
“Apabila bola sampai ke kawasan, saya tahu bahawa ada sentuhan daripada Bale. Dia telah menyentuhnya di bahagian tengah dan telah membantu Sergio Ramos menjaringkan gol.”
“Saya memberitahu pembantu, walaupun sukar kerana bunyi bising, saya menjerit kepadanya menerusi fon kepala jika dia tahu bahawa terdapat sentuhan di tengah selepas lontaran ke dalam. ‘Adakah anda tahu bahawa terdapat sentuhan? Adakah anda tahu?’ Saya melihat dia melihat papan skor video dan saya menjerit kepadanya: ‘Bolehkah saya menyambung semula permainan? Adakah anda melihat sentuhan Bale?’ “, kata Clattenburg yang mahukan kepastian buat kali terakhir.
Pada masa itu, Clattenburg tidak mendapat respons daripada pembantunya, jadi dia akhirnya mengesahkan gol tersebut.
@CuentaMister mira lo que dijo mark clattenburg pic.twitter.com/9UxFC6sHNQ
— Eldis Serrano (@serrano_eldis) March 13, 2023
“Dia [penjaga garisan] benar-benar kaku. Seminit kemudian saya terpaksa memulakan semula permainan kerana kami tidak mempunyai teknologi [VAR] pada masa itu. Saya bertanya kepadanya tentang keadaan set kepala: ‘Adakah kamu melihat itu ofsaid, Simon?’ Dia memberitahu saya alat dengar itu tidak berfungsi dan saya memberitahunya saya berkata, ‘Adakah ia berfungsi sekarang dan bukan sebelum ini apabila kami membuat keputusan?'” Clattenburg benar benar pelik dengan keadaan itu.
Perkara itu tidak berhenti di situ dan pengadil, tidak lama selepas itu, diberikan penalti yang sangat meragukan untuk Atlético. Pada masa itu tiada siapa yang meragui bahawa ia adalah penalti ke atas Torres tetapi, beberapa tahun kemudian, Clattenburg membuka suaranya.
“Saya membunyikan wisel kerana ia membantu memulihkan keseimbangan. Memandangkan Madrid mempunyai peluang itu dengan gol ofsaid yang diterima Atlético,” katanya.
“Ia adalah salah satu senario timbang tara yang sempurna. Saya memberikan penalti, Pepe datang dan memberitahu saya bahawa ini bukan satu kesalahan dan saya memberitahunya bahawa gol ofsaid mereka juga tidak sah dan dia pergi,” sambungnya mengenai kontroversi itu.
“Atlético mempunyai peluang untuk mengikat gol ofsaid dan mereka jelas gagal. Dan sekarang mereka pasti cuba menyalahkan saya tetapi mereka tidak boleh kerana Griezmann mempunyai peluang dengan penalti itu,” Clattenburg mengakhiri wawancara paling kontroversi dalam bola sepak itu
https://youtu.be/bndi77bHIQY