Detik ‘Guard of Honour’ Semakin Hampir

Pemain bintang Liverpool dan Jurgen Klopp bakal menerima guard of honour dari para pemain Manchester City pada hari Khamis nanti.

Ia merupakan tradisi Liga Perdana, pasukan yang sudah menjuarainya sebelum kempen tamat akan mendapat penghargaan ini pada perlawanan seterusnya.

Pasukan lawan akan berdiri disepanjang pintu keluar ke padang dan memberi tepukan sebelum perlawanan dimulakan.

Tetapi ia bukanlah sesuatu yang disenangi oleh sesetengah pemain.

Salah satu detik paling terkenal dalam sejarah Liga Perdana adalah ketika Arsenal bersetuju memberi guard of honour kepada Manchester United selepas mereka meraih gelaran pada musim 2012/13.

Ia menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi pemain Arsenal terutamanya peminat mereka.

Robin Van Persie keluar dari Arsenal dan menyertai Manchester United melalui perpindahan kontroversi pada musim sebelumnya.

Ia berikutan pemain Belanda itu menolak sambungan kontrak baru ketika hanya berbaki 1 tahun. Dia akhirnya dijual ke Manchester United pada harga £22.5 juta – £24 juta.

Pada tahun 2015, Liverpool memberi guard of honour kepada Chelsea di Stamford Bridge. Setahun selepas itu giliran Leicester City menjadi juara dan jurulatih Chelsea dan para pemainnya membentuk 2 lapisan barisan untuk bertepuk tangan.

Sementara itu Klopp berharap mereka bakal diberi saingan kuat dari Manchester United, Manchester City dan Chelsea bagi merebut kejuaraan musim hadapan.

Liverpool sudah memenangi Liga Perdana ketika persaingan masih berbaki 7 perlawnanan untuk ditamatkan.

Mereka memiliki kelebihan 23 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan tersebut.

Dua tahun lalu Manchester City mengumpul 100 mata dan pada musim lepas skuad Pep Guardiola menyingkirkan Liverpool di tangga ke-2 pada perlawanan terakhir.

Ketika Klopp akan mendapat guard of honour dari Manchester City di Stadium Etihad, dia mengatakan sebarang keputusan dalam perlawanan tersebut tidak akan menjadi penanda aras musim hadapan.

“Apa pun yang orang katakan, ia tidak penting untuk musim hadapan kerana kedua-dua pasukan sudah pasti akan melakukan persediaan.” kata Klopp

“Kami melihat Manchester United kembali (tiba-tiba power). Ramai orang menyangka mereka (United) tidak berpeluang tetapi kami melihat 1 atau 2 pemain mereka sangat baik dan mereka boleh mejadi lebih baik.”

“Mereka tidak akan menjadi lebih buruk pada musim hadapan, begitu juga dengan Chelsea.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan