Satu rakaman kamera di depan pintu memaparkan seorang penghantar pizza bernama Ryan Catterson memeluk anak lelaki kepada Lindsey Sheely pada Sabtu lalu.
Lindsey memberitahu NBC Montana: “Ketika Ryan beredar, anak lelaki saya bingkas dan berlari ke arah beliau, dan meminta Ryan memeluknya.”
“Ryan yang mulanya terkejut, melayan sahaja karenah anak saya. Ianya detik yang comel dan indah. Anak saya cuba mencium Ryan.”
Lindsey memuat naik video itu di IG beliau. Dan memberitahu apa yang dilakukan si kecil, bernama Cohen ketika melihat penghantar pizza.
Lindsey menambah: “Saya ketawa melihat telatah dia. OMG, Cohen baru sahaja memeluk penghantar pizza. Dan lelaki itu ok saja.”
“Ada orang yang melihat post saya, dan memberitahu Ryan tentang perkara itu. Dan kemudian, Ryan menghubungi saya. Dan dia bertanya, ‘boleh tak saya share post kamu? Saya adalah penghantar pizza itu’.”
Lindsey ok sahaja, malah berhubung dengan penghantar pizza itu di media sosial. Dan kemudian baru dia tahu cerita di sebaliknya, ketika Lindsey mahu melihat reaksi rakan Ryan di Facebook.
You never know what tiny act of kindness could mean to someone else. https://t.co/KaC0BiQgST #CNN #WLNE
— KSL 5 TV (@KSL5TV) February 19, 2020
Di mana Ryan memuat naik video itu di FB beliau. Lindsey menerima Ryan sebagai kenalan di FB.
Alangkah terkejutnya Lindsey apabila mendapat tahu bahawa ada satu status di FB Ryan menyatakan bahawa lelaki itu sebenarnya baru sahaja kehilangan anak perempuannya.
Dan Lindsey baru tahu bahawa pelukan hari itu sangat bermakna bagi Ryan.
“Pada mulanya saya ingat benda tu cute dan lucu. Dan selepas saya tahu, baru saya tahu, ianya lebih daripada itu. Ianya memberikan banyak makna kepada beliau.”
“Saya tak sangka orang seperti Ryan mampu meneruskan kehidupan dengan kuat walaupun kehilangan sesuatu yang sangat besar di dalam hidupnya.”
“Ryan masih melakukan kerjanya seperti biasa. Dan kita tak tahu di sebalik setiap orang itu.”
“Ryan memberitahu saya, hari itu adalah perfect timing Cohen memberikannya pelukan. Kerana masa itu dia memang merindui anak perempuannya.”
“Ryan berkata kepada saya: ‘Saya memang memerlukan pelukan daripada si kecil itu masa itu, tetapi tak sangka dia benar-benar memberikannya. Saya terasa ianya adalah pelukan yang dihantar oleh anak perempuan saya dari alam lain’.”
Ahli keluarga Ryan yang lain mengucapkan terima kasih kepada Lindsey dan anaknya. Di atas video dan juga pelukan itu, di mana masa itu pun Lindsey tidak menghalang anaknya.
“Bayangkan jika ketika itu, saya menghalang Cohen berlari keluar memeluk Ryan – hanya kerana bukan orang yang kita kenal, kami semua akan kehilangan detik menyentuh perasaan itu.”
“Momen itu sangat bermakna kepada keluarga Ryan dan juga saya.”