Detik Lovekesh Berpaut Kat Tiang 7 Jam Kerana Ular Tedung Tidur Dalam Seluarnya

Ular sememangnya antara spesis yang sangat menakutkan. Tak payah ular la, lipas terbang pun kita dan menggagau kan.

Ular ini, kalau tengok dari jauh pun kita dah melompat. Inikan pula kalau iya masuk ke dalam seluar.

Ya, ini kisah ular dalam seluar yang sebenar. Di mana seorang pemuda melalui detik cemas meminta bantuan daripada rakannya untuk mengeluarkan ular tedung daripada dalam seluarnya.

Seluarnya dimasuki ular tedung ketika dia sedang sedap tidur. Tiba tiba dia merasakan ada sesuatu yang mengganggu ‘ularnya’.

Lelaki bernama Lovekesh Kumar (sedap nama dia), berpaut pada tiang dan hanya mampu berserah. Tidak pasti sama ada hidupnya pada hari itu akan berakhir tragedi atau sebagainya.

Menurut laporan Times Now, kejadian itu berlaku di perkampungan Sikandarpur di kawasan Uttar Pradesh.

Juruelektrik berdedikasi didatangi tetamu tak diundang

Lovekesh Kumar hanyalah seorang pemuda yang bekerja sebagai juruelektrik, didatangi makhluk yang berbisa itu pada hari yang tak dijangkanya.

Pada hari itu dia bekerja di kampungnya untuk memasang elektrik di kampungnya. Selepas penat bekerja, dia pun berehat dan tidur sebaik sahaja habis makan malam.

Ketika sedang syok tidur, jurulektrik yang berdedikasi itu amat terkejut, mengetahui ada ‘dua ular’ di dalam seluarnya.

Dia dimasuki oleh ular berbisa di dalam seluarnya. Dipercayai sudah masuk ke dalam seluarnya sejak tengah malam lagi dan sedap je ular tu tidur di dalam seluar Lovekesh.

Ketika dia sedar, waktu dinihari, dia pun terus bangkit dan berpaut pada tiang dengan penuh berhati hati.

Lovekesh cuba sedaya upaya untuk tidak bergerak banyak bagi mengelakkan dirinya dipatuk ular itu. Hanya memberikan isyarat kepada mereka yang lalu bahawa ada ular dalam seluarnya.

Menurut laporan, Lovekesh berdiri berpaut pada tiang itu selama 7 jam. Dia buntu dan menunggu bantuan pakar penangkap ular pada pagi itu.

Lovekesh mahu memastikan dia dan ‘ularnya’ selamat daripada ular seekor lagi.

Di India memang ada pakar penangkap ular yang sangat pandai menjinakkan ular berbisa.

Video detik cemas penangkap ular mengeluarkan ular berbisa itu dari seluar Lovekesh dikongsi di ruangan berita.

Dalam video tersebut, Lovekesh hanya menyerahkan nasib dirinya kepada penangkap ular itu. Lalu penangkap ular itu pun menggunakan kepakarannya untuk memastikan ular itu dapat dikeluarkan. Ini termasuk membuka seluar jeans Lovekesh.

Akhirnya ular itu berjaya dikeluarkan. Lega kan. Aku tau kau senyum baca artikel ni. Jahat tau!

Tak apa, sebab Lovekesh dah selamat. Tiada apa yang berlaku. Anggap je senyuman tu senyuman lega Lovekesh selamat kan?

Lovekesh tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun patukan. Apa yang pasti Lovekesh pasti akan trauma kerana kejadian itu.

Nah saksikan laporan penuh di sini:

India ni memang negara yang banyak sekali ular. Ianya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di sana.

Baca yang lain