Detik Mayweather Bengang Muhammad Ali Dipilih Terbaik Sepanjang Zaman, Lalu Iktiraf Dirinya Sendiri

Dalam satu temu ramah dengan ESPN, Floyd Mayweather tidak dapat menahan kemarahan dan kekecewannya ketika hos rancangan memberitahunya bahawa, ramai mengiktiraf petinju legenda, Muhammad Ali sebagai terbaik sepanjang zaman.

Mayweather mempertikaikan perkara itu, dan mempersoalkan, apa alasan untuk meletakkan Muhammad Ali sebagai ‘GOAT’ (Greatest Of All Time).

Mayweather bersara dari dunia tinju pada 2017, dan memiliki rekod menang kesemua 50 pertarungan tanpa sebarang kekalahan.

Bercakap kepada SportsCenter di ESPN, Mayweather mendengar ketika itu melihat 5 senarai pilihan. Di David Lloyd memilih Henry Armstrong (kelima), Mayweather (keempat), Joe Louis (ketiga), Sugar Ray Robinson (kedua) dan Muhammad Ali (pertama).

Cari Champion pula memilih Mike Tyson (kelima), Mayweather (keempat), Louis (ketiga), Robinson (kedua) dan Ali (pertama).

Walauupun disenaraikan dalam top – 5, Mayweather tetap tak berpuas hati dengan mempersoalkan, apa merit yang digunakan untuk mereka mengiktiraf Muhammad Ali sebagai yang terbaik sepanjang zaman.

“Apa kriteria kita gunakan untuk menilai petinju,” tegas Mayweather.

“Jika kita menilai petinju itu di atas pendirian mereka untuk sesuatu, maka Ali adalah orangnya.”

“Tetapi jika kita bercerita soal petinju yang kurang kekalahan, dan pemecah rekod yang banyak, orang itu ialah Floyd Mayweather.”

“Muhammad Ali harus memberikan laluan kepada saya di atas apa yang saya capai sekarang, dia tetap seorang legenda.”

“Namun apabila kita bercakap soal memecahkan rekod, kita harus bercakap tentang Ali yang tewas kepada petinju yang hanya bertarung 7 pertarungan sahaja.”

“Saya akan memberikan penghormatan kepada Ali. Namun saya tidak lihat ada petinju lain lebih baik daripada saya, dalam 40 tahun ini.”

Lloyd mempertahankan hujahnya dengan menyatakan Ali memenangi salah satu pertarungan terbaik sepanjang zaman dalam Thrilla in Manila berdepan Joe Frazier.

Ketika wartawan SportsCenter menyatakan Mayweather tidak memiliki kegarangan yang ada pada Ali, Mayweather menganggap ia tidak ‘cool’ sama sekali.

“Apa yang saya ajar kepada petarung adalah: Atas nama sukan ini, ianya adalah tentang menumbuk dan ditumbuk. Ianya bukan tentang hukuman.”

Mayweather kemudian masih percaya bahawa beliau seharusnya diiktiraf lebih baik daripada Muhammad Ali. Selepas itu beliau membentangkan senarai 5 petinju terbaik sepanjang zaman pilihannya.

Dan Mayweather meletakkan dirinya sebagai terbaik sepanjang zaman. Muhammad Ali hanya di tangga kelima.

Mayweather menjelaskan, dia memiliki rekod luar biasa dan banyak menghukum lawannya. Sedangkan Ali pula tewas 3 kali di tangan Ken Norton.

Mike Tyson pernah menganggap Floyd Mayweather sebagai seorang yang delusional dan terlalu berfantasi.

Muhammad Ali terkenal dengan gelaran The Greatest di dalam lapangan tinju kerana kehebatan beliau dan juga perjuangan beliau di dalam kariernya.

Ali merupakan idola kepada Mike Tyson. Di mana Mike Tyson pernah menyatakan: “Kekalahan Muhammad Ali juga kekalahanku.”

Ali dikenali dengan gaya pertarungan yang sangat menarik dan menyerang. Tyson kemudian menganggap cara Ali berbeza dengan Mayweather yang lebih kepada gaya bertahan dan suka melarikan diri dalam gelanggang.

Ada satu pertarungan di mana Floyd Mayweather banyak melarikan diri di atas gelanggang ketika berhadapan dengan Pacman.

Mayweather membanggakan rekod 50-0 beliau di lapangan tinju. Namun bagi Tyson rekod itu bukan bermaksud beliau petinju terbaik sepanjang zaman, apatah lagi mahu membandingkan dirinya dengan Muhammad Ali.

Menurut Tyson, jangankan nak kata lebih bagus daripada Muhammad Ali, malah Mayweather jauh sekali daripada taraf yang sama dengan petinju legenda tersebut.

Kalau Mayweather seorang lelaki yang hebat, beliau tak akan membawa bodyguardnya – hanya untuk mengambil anaknya balik dari sekolah.

“Mayweather sangat delusi / khayal. Dengar sini, jika beliau hampir sama taraf dengan Muhammad Ali, beliau akan mampu menghantar anak dia ke sekolah secara bersendirian (tanpa ditemani orang lain/pengawal).”

“Ok, apabila dia tak mampu nak menghantar anak dia ke sekolah dengan seorang diri, dan kini dia bercakap soal dia petinju paling agung?”

“Petinju yang agung itu bukan hanya berani melindungi dirinya sendiri, namun anda perlu melindungi orang lain dan diterima oleh masyarakat.”

“Dia, nak ambil anak ke sekolah pun tak mampu. Nampak sangat dia hanyalah manusia kerdil, yang penuh ketakutan,”

Mayweather ada 4 orang anak iaitu Koraun, Zion Shamaree, Jirah, dan Iyanna.

Secara umumnya, Muhammad Ali merupakan ikon tinju yang sangat disenangi masyarakat daripada pelbagai latar. Beliau banyak sekali menyumbang kepada kebajikan dan juga memberikan ceramah yang menjurus kepada kebaikan.

Berbeza dengan Mayweather yang banyak sekali kontroversi untuk dijadikan role model oleh anak muda.

Mayweather juga suka menunjuk-nunjukkan kemewahan dan wang beliau di media sosial. Kerana bagi Mayweather, wang adalah segala-galanya.

Mike Tyson menilai petinju yang hebat itu dengan rekod di dalam gelanggang dan juga di luar gelanggang. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan Tyson.

Mike Tyson sangat mengagumi Muhammad Ali sebagai seorang atlet dan juga sebagai seorang insan yang bepekerti tinggi.

Muhammad Ali dan Mike Tyson sangat rapat. Sehinggalah petinju legenda itu menghembuskan nafasanya yang terakhir.