Detik MB Umum Ada Mineral RM43 Trillion Di Kedah, Ini Jumlah Sebenar

Menteri besar Kedah telah membuat satu perubahan yang paling dramatik apabila mengesahkan bahawa mereka baru menemui mineral rare / jarang ditemui.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan bahawa negeri itu telah menandatangani perjanjian dengan syarikat yang berpusat di KL untuk menggali unsur nadir bumi (REE).

Video tersebut menjadi tular teruk.

Malah ada yang membuat kira kira ringkas tentang perkara itu.

Orang ramai segera mempersoalkan kesahihan pengumuman itu, kerana KDNK untuk seluruh Malaysia pada tahun 2019 hanya RM1.51 trilion.

Peminat bola sepak juga sudah membayangkan pasukan Kedah selepas mereka kaya raya tahap gaban selepas ini.

Pejabat MB kemudian menjelaskan kesalahan itu, dengan menyatakan bahawa angka RM43 trilion merujuk kepada anggaran simpanan nadir bumi untuk seluruh Malaysia..

Mineral tersebut dikatakan bernilai hingga RM62 bilion dan ditemui di Sik, Ulu Muda, dan Baling. Menurut Sanusi, mineral ini telah dikenalpasti secara umum oleh ahli geologi sejak 20 tahun yang lalu.

Namun, MB secara keliru mengumumkan bahawa nadir bumi bernilai RM43 trilion sambil mengukir senyuman paling sweet pada sidang media tersebut.

“Tuhan tidak memberikan mineral ini di semua negeri. Terdapat beberapa di Perak, banyak di Kedah. Mineral ini, menurut kajian, bernilai RM43 trilion, terkubur di bawah tanah kita,” tegas beliau.

Baca yang lain