Kita semua tahu bahawa Jose Mourinho antara manusia yang paling menjengkelkan kadangkala dengan kelakuannya dalam bola sepak.
Namun karakter dia di luar sangat berbeza. Di mana dia seorang yang baik hati dan dermawan.
Dia pernah mencucuk mata Tito Vilanova di mata ketika el clasico 2011.
Selain daripada keraian penuh liar ketika menyingkirkan Barcelona dalam Liga Juara Juara Eropah di Nou Camp ketika bersama Inter Milan.
Banyak lagi la benda dia buat membuatkan ramai menyampah dengannya.
Di kalangan momen itu, salah satu momen yang paling gila berlaku pada 2010 ketika dia menyuruh Xabi Alonso dengan sengaja mengundang kad merah untuk menjalani penggantungan.
Ketika itu Real Madrid sudah mendahului Ajax dengan 4-0.
Mourinho menyedari bahawa Xabi Alonso dan Sergio Ramos sudah menerima kad kuning pertama. Satu lagi kad akan membuatkan Xabi digantung daripada perlawanan dan membersihkan kutipan kad disiplin.
Mourinho mahu Alonso Sergio Ramos menjalani penggantungan itu pada peringkat awal kalah mati.
Jadi, kesannya, kedua dua pemain itu akan digantung ketika menentang Auxerre yang dirasakan Mourinho perlawanan yang mudah berbanding perlawanan akan datang.
Mourinho memberitahu penjaga gol simpanan beliau tentang rancangan itu. Dudek kemudian berlari ke arah Casillas dan memberitahu rancangan jahat itu.
Casillas terus berbisik di telinga Ramos. Dan Ramos memberikan isyarat dia faham akan arahan itu walaupun agak terkejut.
Ketika bola mati di kawasan penjaga gol, Alonso tiba tiba mengambilnya. Dan beliau sengaja melengahkan perlawanan untuk menerima kad kuning kedua.
Throwback to when Mourinho told Alonso and Ramos to both get sent-off so they would enter the knock out rounds without the risk of getting suspended. Prime Mourinho 😂😂 pic.twitter.com/ChzJ5wlxbE
— Footy Humour (@FootyHumour) July 14, 2020
Ramos kemudian melakukan kesalahan yang sama di mana dia melengahkan sepakan gol itu.
Lihat Ramos siap salam reff lagi tu.
Here you go. The missing part. pic.twitter.com/1WfCAg57qZ
— Bourbon Naxal (@ParryRamMe) July 14, 2020
Namun perancangan Mourinho itu telah mendapat kritikan dan kecaman ramai pihak. Lalu UEFA mengenakan tindakan disiplin atas alasan tidak mengamalkan fairplay.
UEFA mendenda Xabi Alonso dan Sergio Ramos sebanyak €20,000, Iker Casillas didenda €10,000 dan Jerzy Dudek didenda €5,000 euros.
Namun kad merah kepada Ramos dan Alonso tetap kekal. Tiada apa yang boleh dilakukan ke atasnya. Jawatankuasa disiplin kemudian mendenda Real Madrid €120,000.
Agak ironik apabila Sergio Ramos melakukan taktik serupa dengan sengaja mahu menerima kad merah pada 2019 – dan ianya, ya, menentang Ajax sekali lagi. Ramos dikenakan penggantungan dua perlawanan.
Ramos merasakan Real Madrid sudah berada dalam kedudukan terbaik untuk mara selepas menang 2-1 di Amsterdam. Namun siapa sangka, tanpa Ramos, Real Madrid ditapau skuad muda Ajax dengan kemenangan 4-1 di Bernabeu dengan Ramos menyaksikan kekalahan itu di tempat duduk penyokong.