Detik Neymar Menangis Ditenangkan Alaba Buat Netizen Terharu

Neymar tidak dapat menahan kesedihannya selepas tewas dalam final UCL semalam. Bintang Paris Saint-Germain itu sekali gagal membantu kelabnya itu memenangi piala agung Eropah itu sekali lagi.

Dalam aksi final di antara PSG dan Bayern, ternyata Bayern Munich lebih unggul. PSG pula buntu untuk sepanjang perlawanan untuk menembusi Manuel Neuer yang sangat kebal.

Neymar sendiri memiliki satu peluang keemasan berdepan dengan Neuer namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Jerman itu.

Bayern Munich menang menerusi gol tunggal oleh bekas pemain muda PSG sendiri iaitu Kingsley Coman pada awal separuh masa kedua.

PSG agak kucar kacir pada separuh masa kedua. Mereka hanya bergantung kepada serangan balas ketika Bayern menekan mereka dengan sangat tinggi di dalam padang.

PSG memiliki peluang terbaik menerusi Marquinhos dan Choupo Moting untuk menyamakan kedudukan. Sekali lagi mereka tidak memanfaatkan peluang yang mereka ada.

Kemenangan itu memberikan Bayern Kejuaraan UCL keenam dalam sejarah mereka, menyamaai pencapaian Liverpool.

Seterusnya, ini adalah UCL pertama buat Hansi Flick yang dilantik menjadi pengurus pada November tahun lalu.

Detik Alaba tenangkan Neymar

Selepas tamat perlawanan kamera tertumpu kepada Neymar yang bercucuran air matanya. David Alaba menunjukkan semangat kesukanannya dengan menenangkan Neymar.

Warganet ternyata memberikan tabik hormat kepada Alaba yang menenangkan Neymar yang sedang sedih.

Di kala rakan rakannya yang lain berlari dan melompat kegirangan, David Alaba pula mahu memastikan lawannya itu tidak terlalu bersedih.

Netizen gembira kerana semangat kesukanan itu mekar di dalam jiwa para pemain seperti Alaba.

Selain daripada Alaba, Kylian Mbappe turut menenangkan rakan sepasukannya itu yang terus sugul.

Neymar dan Mbappe telah menjadi gandingan yang sangat digeruni di Eropah terutama sekali pada musim ini di mana mereka semakin serasi bersama.

Neymar menjadi pemain yang dibeli oleh PSG dengan rekod dunia. Misi utama Neymar dibawa masuk adalah untuk membantu PSG menjuarai UCL yang menjadi sasaran utama dalam projek di bawak pemilikan Nasser Al Khelaifi.

Ini adalah kemaraan paling jauh pernah dicatatkan PSG di dalam sejarah.

Ternyata tuah masih belum menyebelahi pasukan mereka.

Neymar turut mengucapkan selamat tinggal kepada UCL yang akan dibawa pulang oleh Bayern Munich ke Jerman.

Baca yang lain