Adakah Nicolas Anelka berjaya memenuhi potensi sebenar sepanjang kariernya di kelab-kelab yang disertai? Ini merupakan soalan yang menghadirkan pelbagai jawapan di dalam kalangan peminat bola sepak.
Lelaki Perancis ini menyertai beberapa kelab besar, pernah bermain untuk Arsenal, Real Madrid, dan Chelsea, serta memenangi beberapa trofi penting sepanjang kariernya. Ia juga menimbulkan tanda tanya – adakah dia boleh mencapai lebih banyak lagi berbanding dengan apa yang dikecapinya ketika itu?
This week in 1999 Nicolas Anelka signed for Real Madrid.
I had completely forgotten about this header vs Bayern in the Champions League.
Which is a shame, as it’s an absolute belter…pic.twitter.com/EIXd1PiSWC
— A Funny Old Game (@sid_lambert) August 4, 2022
Anelka dikurniakan bakat untuk menjadi seorang penyerang yang berbisa tetapi sikapnya yang kadangkala menyakitkan hati pengurus dan rakan sepasukan sedikit merencatkan perjalanannya. Dia tidak pernah berada di sesebuah kelab untuk waktu tempoh yang lama.
Dianugerahkan dengan kelajuan yang sempurna, teknik yang baik, dan ketajaman di hadapan gol, Anelka sepatutnya menjadi salah seorang penyerang yang terbaik untuk era generasinya.
Walaupun begitu, dengan kejayaan dan persembahan yang baik ketika bersama kelab, Anelka berjaya meraih tempat bersama skuad Perancis, muncul sebanyak 69 kali dan menjaringkan 14 gol.
Henry, Pires, Vieira, Trezeguet, Anelka and Wiltord celebrate France's Euro 2000 win. Trezeguet won the game with a golden goal.
A phenomenal France side 🇫🇷 👏 pic.twitter.com/ClfzNpAIck
— Football Remind (@FootballRemind) July 4, 2022
Dua daripada gol itu hadir sewaktu usianya 19 tahun ketika menentang England pada Februari 1999 di Wembley.
Sesuatu yang anda tidak pernah lihat, atau mungkin jarang dibuat orang.
Dalam perlawanan itu, Anelka melakukan sesuatu di luar jangkaan yang kita sendiri tidak pernah melihat mana-mana penyerang, atau mungkin pemain di posisi lain atas padang (except goalkeeper) melakukannya.
It's 22 years since Nicolas Anelka scored for France against England wearing goalkeeper gloves.
Must've been a cold night at Wembley. pic.twitter.com/JSKaqL4ynH
— The Blizzard (@blzzrd) February 10, 2021
Anelka cukup sinonim dengan memakai sarung tangan ketika beraksi di atas padang, tetapi kali ini dia memilih untuk memakai sarung tangan penjaga gol sepanjang menyepak, menanduk, dan mengejar bola pada malam itu. Bunyinya agak pelik tetapi begitulah hakikat yang terjadi.
Sudah lebih 22 tahun kejadian ini berlaku, dan sampai ke hari ini para peminat bola sepak masih menggaru kepala dengan gaya pemakaian Anelka. Apa signifikannya dengan memakai sarung tangan penjaga gol?
England ketika itu berada di bawah kendalian Howard Wilkinson, menggantikan Glenn Hoddle yang digantung kerana komennya mengenai orang kurang upaya 8 hari sebelum itu.
Sewaktu kedua-dua pasukan ini bertembung, Perancis tidak kalah dalam 16 perlawanan berturut-turut, dan sudah tentu bukanlah hari yang indah buat Wilkinson setelah pasukannya tewas di laman sendiri.
Tidak mengejutkan untuk melihat Paul Ince dan Jamie Redknapp gagal menandingi aksi Zinedine Zidane dan Emmanuel Petit pada malam itu.
Anelka bukanlah pemain pertama selain penjaga gol yang pernah menyarung sarung tangan goalie. Sudah tentu bukan.
Ia satu kebiasaan untuk pemain lain memakainya jika penjaga gol dibuang padang atau ketiadaan pemain sebenar di gawang. Tetapi untuk kes Anelka ini unik, dan mungkin dia adalah pemain pertama yang memilih untuk memakainya atas sebab yang kita sendiri pun tidak jelas.