Emre Belozoglu memang seorang pemain yang berbakat namun beliau seorang yang kontroversi terutama sekali insiden yang berkaitan dengan perkauman.
Salah satu kontroversi beliau adalah ketika menyerang Zokora dengan kata kata berbaur perkauman.
Dalam satu aksi Super Lig Turki pada April 2012, Zokora dan Emre terlibat dalam insiden bertegang lidah di atas padang.
Emre tidak berpuas hati kerana Zokora mempertikaikan tindakannya yang membentes dari belakang rakannya.
Dan Emre telah memanggil Zokora dengan perkataan berbaur rasis di hapadan pengadil sambil meminta pemain itu belajar untuk mengikuti keputusan pengadil.
Zokora menyatakan: “Dia panggil saya f* N*gg*).”
“Ini kali pertama perkara seperti ini berlaku pada saya. Emre Belozoglu ada rakan sepasukan dari Afrika seperti Yobo dan Sow. Saya tak faham kenapa dia menyatakan perkara seperti itu.”
“Kita cuba melakukan kerja kita. Apa kaitan dengan warna kulit? Penyokong, FIFA, media, kesemua menentang perkauman. Saya berharap perkara seperti ini tidak terlepas dari hukuman.”
Emre Belozoglu boleh dikenakan hukuman gantung maksimum 8 perlawanan. Namun pengendali Liga Turki hanya menggantungnya 3 perlawanan.
Trabzonspor ajar sendiri Emre
Ternyata para pemain Trabzonspor kecewa dengan keputusan itu yang dilihat tidak ada ketegasan di dalam isu yang berkaitan perkauman.
Kurang sebulan kemudian, Zokora dan Emre bertemu lagi dalam aksi Fenerbahce and Trabzonspor.
Apa yang berlaku kali ini kesemua rakan sepasukan Zokora membalas dendam untuk pemain itu dan mengajar Emre, walaupun mereka dari Turki.
Zokora enggan berjabat tangan dengan Emre sebelum sepak mula.
Ketika perlawanan berlangsung Emre beberapa kali dikasari oleh pemain Trabzonspor yang menunjukkan solidariti mereka kepada Zokora.
Zokora sendiri melancarkan bentesan keras ke atas Emre.
Emre kecewa dengan pengadil yang hanya melayangkan kad kuning kepada Zokora.
Emre selepas tamat perlawanan menyatakan Zokora hampir membuatkannya cedera parah dengan bentesan kotor itu.
Emre racially abusing Didier Zokora and getting what was coming to him. pic.twitter.com/UwPHi4hEMw
— Daniel Harris (@DanielHarris) December 7, 2017
Dua tahun selepas insiden itu, Emre menjadi pemain Turki pertama yang digantung 2 setengah bulan hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan rasis.
Mahkamah mendapati Emre Belozoglu terbukti menghina Didier Zokora secara perkauman.
Mahkamah Turki menyatakan bahawa negara mereka sangat menegah sebarang kelakuan berbentuk perkauman.
Itu bukan kali pertama Emre terkait dengan insiden rasis. Ketika di Newcastle, 3 kali dia dirujuk ke panel disiplin Liga Perdana Inggeris kerana kesalahan berbaur perkauman,