Bayern Munich berkunjung ke Old Trafford untuk aksi Liga Juara Juara Eropah, perlawanan terakhir untuk kumpulan A.
Bayern menang 1-0 ke atas Manchester United menerusi jaringan tunggal oleh Kingsley Coman. Kekalahan, bermakna skuad Erik Ten Hag tersingkir dari UCL musim ini di peringkat kumpulan. Mereka turut gagal beraksi di play off kalah mati UEL.
Namun satu perkara yang menarik perhatian di seksyen penyokong adalah, peminat Bayern menaikkan kain rentang memaki Glazer.
Ianya kerana mereka bengang dengan harga tiket yang dikenakan oleh pengurusan Man United ke atas penyokong pasukan tetamu atau away.
Mereka menulis: “£50, Glazer Overkill! £20 pun dah banyak dah.”
Apa yang lagi menarik penyokong Manchester United sendiri menyokong apa yang dilakukan penyokong Bayern Munich itu dan bersorak “Kami Mahu Glazer Out”. Mereka memberikan tepukan kepada penyokong Bayern tanda sokongan ke atas perbuatan mereka.
Kempen Glazer Out sudah lama diperjuangkan oleh peminat tegar Man united kerana mereka bengang pemilikan Glazer itu tak ubah seperti parasit dalam kelab mereka.
Tahun lalu Glazer menyenaraikan Man United untuk dijual. Namun ternyata iklan itu dianggap wayang untuk mencari rakan niaga baharu – menurut Sheikh Jassim yang kecewa seolah olah telah membuang masa melayan Glazer.
Ini bukan pertama kali penyokong Bayern membantah harga tiket yang dikenakan pasukan tuan rumah ke atas penyokong lawan ketika aksi UCL.
Mereka mendesak UEFA melakukan sesuatu untuk perkara ini. Kerana penyokong sudah banyak berhabis duit untuk kos perjalanan dan penginapan. Dan kemudian dibebani dengan harga tiket yang terlampau mahal.
Bayern fans hold up banner protesting Old Trafford ticket prices. #MUFC supporters give applause + chant: “We want Glazers out.” pic.twitter.com/VNruPBuGUs
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) December 12, 2023