Javier ‘Chicarito’ Hernandez telah membuat satu panggilan telefon kepada ayahnya, yang penuh emosi.
Beliau dengan menitiskan air matanya memberitahu ayahnya bahawa ‘Impian Eropah’ sudah berakhir. Ia seakan akan menandakan pemain itu sudah merasakan dia sudah tak dapat mengejar impian beliau di Eropah, dan tidak akan ke sana lagi.
Penyerang paling prolifik Mexico itu menghabiskan separuh pertama musim ini di Sevilla, bermain di La Liga.
Tetapi beliau teepaksa melakukan perpindahan ke Amerika Syarikat pada Januari, menyertai LA Galaxy.
Chicarito telah bermain di Eropah selama lebih dari satu dekad.
Anak lelaki yang berusia 31 tahun itu memberitahu ayahnya sebelum menitiskan airmatanya:
“Ia hampir pasti bahawa saya akan ke LA [Galaxy] ayah.”
“Segala-galanya serba sempurna di sini ayah, itu sahaja … dan ia seperti titik permulaan kepada persaraan saya.”
“Impian Eropah kita pun sudah bersara (terkubur) ayah.”
Ayahnya cuba untuk memberikan kata kata semangat. Dengan menyatakan bahawa impian dalam kariernya belum lagi berkahir.
Namun dengan cepat Javier Hernandez mencelah:
“Saya tahu ayah, tapi lihat, apa yang saya maksudkan adalah, kita sudah mengucapkan selamat tinggal kepada karier yang selama ini kita usahakan dengan susah payah.”
“Saya tahu ayah merasakan perkara yang sama dan kita cuba melihat sisi yang positi dan ia akan nampak menakjubkan.”
“Namun 10 tahun ayah, itulah yang membuatkan saya terasa nostalgia dan menangis.”
“Bukannya saya tidak boleh melakukannya, tetapi hanyalah mengucapkan selamat tinggal kepada satu pengalaman yang indah ini dan selamat tinggal kepada sebahagian daripada hidup saya.”
“Kerana selepas ini saya tidak akan berada di sana lagi.”
“Dan juga, sekarang ini, ini adalah mimpi yang lain, ia berbeza, tetapi ia tidak mudah, tetapi kita akan lebih dekat selepas ini, saya akan berjumpa dengan anda lebih kerap lagi.”
😭 Duele mucho verlo y escucharlo así 🔊
Chicharito reconoció entre lágrimas con su familia que NO quería irse de Europa y que sólo buscaba "jugar" en el Sevilla porque se creía aún capaz 😕
🗣 "Se acabó, es el principio del retiro" pic.twitter.com/bvHloKZTiV
— Goal México (@goalmex) January 23, 2020
Javier Hernandez menikmati sebahagian besar kejayaannya di Eropah ketika beraksi untuk Manchester United.
Beliau menandatangani kontrak dengan Red Devils pada tahun 2010 dari Guadalajara. Dan sejak dari itu beliau menjadi salah seorang pejuang di atas padang yang menjadi sandaran Sir Alex Ferguson.
Walaupun dipenuhi bintang lain, namun Chicharito tetap menyumbang kepada pasukan dengan cara tersendiri. Beliau memiliki ratio gol yang sangat baik.
Javier Hernandez dipinjamkan ke kelab Real Madrid.
Beliau kenudian meninggalkan Man United untuk menyertai Bayer Leverkusen pada 2015 dan menghidupkan semula kerjayanya di Bundesliga.
Beliau meledak 28 gol dalam 54 perlawanan. Dan selepas itu dia memutuskan untuk kembali ke England bersama West Ham United pada 2017.
Tetapi beliau tidak mampu untuk mendapatkan semula prestasi yang pernah dipamerkan ketika bersama Manchester United.
Semoga berjaya kepada Javier Hernandez di tempat yang baru.