Detik Pulau Pinang Menjulang Liga Premier & Kembali Ke Liga Super Selepas Kegagalan Musim Lalu

Hujan renyai-renyai mengiringi majlis penyampaian trofi Piala Liga Premier 2020 kepada Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam semalam.

Majlis dimulai dengan penyampaian pingat kepada pemain dan pegawai sebelum penyampaian trofi yang diserahkan oleh Exco Belia dan Sukan negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee kepada ketua jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang yang juga Timbalan Speaker negeri, Dr Amar Pritpal Abdullah yang menjadi tunjang kepada  kebangkitan pasukan Pulau Pinang.

Kejayaan Pulau Pinang tak terkalah dalam 10 perlawanan terakhir dan menang kesemua 8 perlawanan terakhir mereka – gagal diteruskan. Mungkin kerana para pemain sudah berada dalam mood honey moon. Ye la, sudah juara kan.

Jaringan tunggal penyerang import dari Ghana Jordan Mintah pada minit ke-87 sudah cukup bagi Terengganu FC II untuk memberikan kekalahan pertama kepada Pulau Pinang pada aksi terakhir liga malam tadi.

Saksikan detik di mana Pulau Pinang menjulang Piala Liga Premier musim ini:

Kejayaan Pulau Pinang ini pastinya disambut meriah oleh peminat mereka yang sebelum ini pernah hampa apabila dinafikan hak bermain di Liga Super kerana isu dokumentasi.

Ianya membuatkan Pulau Pinang dipotong enam mata kerana isu berkaitan dengan kes FIFA.

Imbas peristiwa 2019

Dalam saingan Liga Premier 2019, Pulau Pinang berjaya menamatkan kedudukan di tangga ketiga berkongsi 30 mata dengan PDRM di tangga keempat, berdasarkan kelebihan perbezaan gol.

Namun mengikut arahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa mengumumkan bahawa pasukan Pulau Pinang secara serta merta dipotong enam mata dalam saingan Liga Premier 2019 menjadikan jumlah mata muktamad mereka adalah 24 mata, jatuh ke tangga ketujuh.

Hukuman daripada FIFA dikeluarkan selepas Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas pemain pertahanan import dari Brazil, Reinaldo Lobo yang beraksi bersama pasukan Pulau Pinang selama tiga musim dari 2015 hingga 2017.

Pada 25 Mac 2019, FIFA telah menghantar keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mengarahkan supaya FAP membayar kepada Reinaldo sebanyak USD90,000 bersama faedah sebanyak 5%. FIFA juga telah mengenakan denda tambahan sebanyak USD10,000 kerana kegagalan FAP membuat bayaran seperti yang telah diarahkan oleh NDRC FIFA.

Kegagalan FAP membuat pembayaran tersebut dalam masa 30 hari akan menyebabkan pemotongan mata di dalam liga sebanyak 6 mata.

Meskipun FAM telah mengemukakan tiga rayuan kepada FIFA, FAM sedikit kesal kerana FIFA tetap bertegas mahu hukuman pemotongan mata itu dilakukan sedangkan FAP sudah menyelesaikan bayarannya yang mana disebabkan prosedur kadar tukaran mata wang asing dan proses pemindahan wang ke akaun luar negara menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.

Dalam hal ini, FAM amat bersimpati dengan FAP dan pada masa sama tetap menghargai usaha yang dilakukan oleh pengurusan baharu FAP untuk cuba menyelesaikan juga kes lama ini dengan berjaya membayar sebanyak USD97,085.05 yang membabitkan tunggakan gaji akibat kecuaian pengurusan lama mengurus kes bekas pemain importnya itu.

Namun hanya akibat sedikit kesilapan dalam menyemak kadar tukaran mata wang asing mengikut kadar semasa dan kelewatan proses menyelesaikan baki tuntutan sebanyak USD4,444.11, mereka telah menerima hukuman daripada FIFA ini.

Kejayaan musim 2020

Pulau Pinang meneruskan momentum cemerlang mereka dalam saingan Liga Premier musim ini. Ianya adalah musim penebus maruah untuk Pulau Pinang selepas peristiwa hitam pada musim sebelumnya.

Konsistensi adalah kunci kepada kejayaan mereka. Mereka berjaya membentuk pasukan yang stabil. Di mana mereka menyerang dengan berkesan dan bertahan dengan baik.

Mereka  menamatkan saingan musim ini dengan 8 kemenangan 2 seri dan 1 kekalahan.

Pulau Pinang menjadi pasukan paling banyak gol dengan 24 dan paling sikit bolos dengan hanya 8 kali sahaja bocor.

Inilah yang membuatkan skuad Harimau Kumbang sangat sukar untuk digugat dalam saingan pada musim ini.

Pulau Pinang berkelebihan 4 mata di atas pencabar terdekat mereka iaitu Terengganu FC 2.

Walaupun impian invincibles mereka tak menjadi kenyataan, namun yang paling penting adalah kejayaan untuk kembali semula ke liga tertinggi di negara kita.

Status Liga Super 2021 itu disahkan dalam perlawanan sebelum ini.

\

Jadi, pastinya penyokong Pulau Pinang merasa sangat bangga dengan pencapaian pasukan mereka.

MFL dalam kenyataannya mengucapkan tahniah kepada juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang,

“Tahniah Pulau Pinang juara Liga Premier 2020! 

Pulau Pinang bergelar juara Liga Premier 2020 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk mengutip 26 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan.

Skuad Harimau Kumbang itu juga melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Liga Premier buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Liga Malaysia walaupun tewas 0-1 kepada Terengganu FC II.

Majlis penyerahan trofi Liga Premier yang diadakan sejurus perlawanan itu berakhir turut disaksikan oleh ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), Marzuki Sulong, Exco Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee dan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Dr. Amar Pritpal Abdullah yang turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab. Ghani Hassan.”

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi