Ralf Rangnick mendapat banyak gelaran di dalam kariernya. Yussuf Poulsen melabel Rangnick sebagai perfectionist, sementara pemain selerp Kevin Kampl menggelarknya ‘bercinta dengan bola sepak’.
Rangnick seringkali dianggap sebagai godfather of gegenpressing ataupun godfather of Germany Football. Kerana hari ini bola sepak Jerman banyak bercorakkan gegenpressing terutama sekali skuad kebangsaan mereka.
Jadi, gegenpressing ini ideanya banyak dikembangkan oleh Rangnick sejak dari muda lagi. Malah Klopp sendiri pernah berkata: “Rangnick merupakan salah seorang jurulatih terbaik dalam sejarah Jerman, jika dia bukan yang terbaik.”
Tiga jurulatih Jerman yang berpengaruh pada hari ini, Jurgen Klopp, Thomas Tuchel dan Julian Nagelsmann menjadikan Rangnick sebagai rujukan mereka.
Rangnick sangat berminat denga bola sepak menyerang sejak dia mula berjinak dengan pengurusan dan kejurulatihan. Ragnick seringkali mencabar bola sepak Jerman agar berkembang maju pada ketika itu di mana Jerman menggemari sistem klasik yang keras dengan sistem 3-5-2 dengan man marking ketat.
Rangnick mahukan bola sepak itu dimainkan dengan fluiditi dan cantik. Rangnick sangat obses dengan idea Arrigo Sacchi yang melawan budaya bola sepak bertahan di Itali dengan ideanya.
Sacchi merupakan salah seorang wira di mata Rangnick selain daripada Valeriy Lobanovskyi dan Ernst Happel. Rangnick pada awalnya seringkali bercakap soal taktikal. Dan pernah menembak media yang mempersoalkan pandangannya, kerana dia dianggap tidak ada kejayaan dalam bola sepak pro ketika itu sebagai pemain.
Rangnick berkata: “Saya tak tahu pula kalau nak jadi joki kamu perlu menjadi kuda dahulu.”
Paling menarik, dalam siri analisis taktikal pada 1998, Rangnick membincangkan taktikal Arrigo Sacchi dengan papan taktikal. Ketika itu tidak ada papan taktikal digital. Dan Rangnick menggunakan yang klasik.
Rangnick menceritakan apa itu gegenpressing ataupun counterpressing dalam bahasa Inggeris. Sejak daripada hari itu beliau mulai mendapat perhatian ramai. Kerana keupayaannya memberitahu apa itu gegenpressing dan Sacchi berjaya di AC Milan bukan kerana dia bergantung kepada nasib atau pemain semata mata. Tetapi kerana dia menyediakan taktikal yang sangat bagus dan ideanya difahami semua pemain untuk dilaksanakan.
Jerman terlalu sentimental dengan era Beckenbauer
Ragnick menjelaskan bahawa Jerman ada masalah dengan perkembangan taktikal kerana mereka menjadikan Franz Beckenbauer sebagai penanda aras bola sepak mereka. Pemain yang memainkan peranan libero-sweeper dalam sistem klasik back 3.
Jerman sebelum itu mendapat beberapa siri kejayaan di Piala Dunia dan kejohanan Eropah dengan taktikal yang dianggap rigid dan berasaskan fizikal.
Rangnick menambah: “Franz sendiri berkata pada pertengahan 90-an, kamu tak mampu bermain dengan sistem zonal marking dalam bek berempat kerana pemain pemain Jerman tak tahu cara nak bermain sistem itu.”
“Pada masa itu saya tertanya tanya adakah pemain Jerman ni kurang cerdas berbanding pemain pemain Belgium, Sepanyol dan Belanda? Bagi saya, itu tidak masuk akal.”
Rangnick kemudian menyatakan bahawa dia mendoakan agar bola sepak Jerman ketika itu jatuh agar semua orang menari pembaharuan.
“Bola sepak Jerman perlu jatuh agar mereka mulai menerima perubahan. Ketika pasukan kebangsaan gagal di Euro 2000, kandas di peringkat kumpulan, itu yang merintis kepada perubahan total dalam kajian semula sistem permainan.”
“Penjaga gol seharusnya menjadi salah seorang pemain paling banyak kontak dengan bola. Hampir di semua kuasa besar dan negara, penjaga gol secara teknikalnya adalah paling terhad aksi dan kita mahu memastikan mereka adalah paling sedikit menyentuh bola dengan kaki mereka.”
“Jadi sekarang kita perlukan pendekatan laju, proaktif, menyerang, counter attacking, pendekatan menghiburkan dan mengujakan dalam bola sepak.”
Jurgen Klopp pernah melabel Rangnick sebagai Godfather bola sepak moden Jerman.