Detik Rooney Syak Ada Konspirasi Dalam Kemenangan Bersejarah City Ke Atas QPR Pada 2012

Wayne Rooney telah mempersoalkan gol bersejarah Sergio Aguero ke atas QPR yang dianggap sebagai salah satu momen terbaik dalam sejarah bola sepak.

Ianya lengkap dari segenap segi, gol pada 2012 itu berlaku pada lewat masa kecederaan, ketika United di gelanggang sebelah lagi sedang meraikan kejayaan mereka setelah mendapat tahu City masih terikat.

Kemudian ulasan perlawanan dengan jeritan Aguerrooooo membuatkan gol itu serba serbi ikonik.

Manchester City ketinggalan 2-1 di Etihad dalam aksi menentang QPR ketika perlawanan menghampiri minit ke-90. Namun Edin Dzeko menjaringkan gol sebelum masa sebenar berakhir untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Tidak lama selepas itu Aguero mencetak gol dengan penuh dramatik untuk memastikan Man City juara EPL buat pertama kali sejak 40 tahun.

Rooney pernah mempersoalkan bagaimana perlawanan itu berakhir. Kerana menurutnya penjaga gol QPR sepatutnya lebih baik menghalang gol gol Man City.

Selain itu dia juga melihat Djibril Cisse meraikan kejayaan City menjuarai liga bersama sama dengan pemain City.

Rooney berkata: “Paddy Kenny (penjaga gol City) patut melakukan lebih baik untuk beberapa gol City.

“City mendapat gol kedua dan QPR terus menyepak bola kembali kepada mereka. Itu bukanlah perkara untuk dipersoalkan namun saya dapati ianya pelik,” tegas Rooney yang berpendapat, kebiasaan pasukan seperti QPR akan cuba menyimpan bola sehingga wisel penamat.

“Djibril Cisse meraikan kemenangan Man City selepas perlawanan tamat dengan pemain pemain pemain City.

“Namun, ya itu momen bersejarah dalam EPL, saya pasti kamu akan setuju jika kamu bukan pemain Manchester United. Itu mungkin momen terbaik dalam sejarah Liga Inggeris,” tambah Wayne Rooney lagi.

Ramai peminat menuduh Rooney masih sakit hati dengan kejayaan Manchester City pada masa itu.

Ada juga yang mengingatkan Rooney bahawa Djibril Cisse bekas pemain Liverpool, itulah sebabnya dia meraikan kejayaan Man City menjuarai liga pada masa itu.

Apapun masih ramai juga setuju dengan Rooney. Bahawa ada konspirasi di sebalik kemenangan itu. Di mana pemain pemain QPR dilihat tidak begitu bersungguh sungguh mempertahankan gol pendahuluan mereka.

Baca yang lain