Detik Ryan Giggs Melakukan Gol Dan Keraian Bulu Dada Menentang Arsenal

Ryan Giggs berkongsi detik beliau menjaringkan gol dengan keraian ikonik ketika final separuh akhir FA 1999 dengan gaya menayang bulu dada beliau.

Ia adalah keraian dan gol yang kekal di minda peminat Man United dan Arsenal buat selamanya. Keraian itu juga diingati sebagai ikonik kepada perjalanan Man United memenangi treble pada musim itu.

Magis Giggs

Kedua-dua pasukan terpaksa bermain perlawanan ulangan selepas perlawanan pertama berakhir seri.

Manchester United di hadapan menerusi David Beckham. Giggs masuk menggantikan Jesper Blomqwist pada minit ke-62. Tidak lama selepas Giggs dimasukkan, Dennis Bergkamp menyamakan kedudukan untuk Arsenal.

Roye Keane kemudiannya dibuang padang. United perlu bermain 10 pemain dalam masa 15 minit lagi baki perlawanan. Perlawanan berlarutan ke masa tambahan 30 minit. Giggs menjadi wira United dengan jaringan cantik pada baki 11 minit lagi perlawanan.

Giggs melarikan bola daripada kawasan sendiri dan melakukan gerakan solo dengan larian pantas beliau – menewaskan 4 pemain Arsenal. Giggs melakukan rembatan yang menewaskan David Seaman.

Pertahanan Arsenal ketika itu antara yang paling kental. Namun Giggs membuatkan mereka huru hara dan kucar kacir dengan gerakan solo itu.

Giggs berkongsi apa yang Sir Alex Ferguson beritahu kepada beliau sebelum perlawanan itu. Giggs telah dipanggil masuk ke pejabat untuk sesi berbual santai.

Apa yang SAF beritahu Giggsy?

Giggs berkata: “Sir Alex memberitahu saya bagaimana beliau mahu saya bermain. Bos meminta saya untuk menganalisis sendiri kekuatan saya saya dan kemudiannya meminta saya untuk keluar daripada sisi itu. Bos berkata:’Saya nak Ryan Giggs ini, bukan Ryan Giggs yang itu’.”

“Sir Alex mahu saya menjadi pemain yang berlari [lebih tamak] dan kemudiannya percayakan naluri saya dalam membuat keputusan.”

“Saya ketika itu melarikan bola daripada lawan. Jadi saya perlu mendengar naluri hati saya. Saya pun terus berlari dan pada satu detik naluri saya berkata, itu masa untuk melakukan gol. Selepas itu baru saya sedar betapa jauhnya saya berlari ketika menerima bola itu.”

“Roy Keane duduk di bilik persalinan – dan ketika saya masuk dia terus berkata: Lihatlah ini adalah f****ing saviour’. Pemain-pemain lain meraikan gol itu kerana ia gol kemenangan bukan kerana gol itu berkelas dunia.”

“Ketika saya menaiki sebuah teksi di London, seorang peminat Arsenal memberitahu saya, kamu merosakkan hidup saya di Villa Park hari itu.”

“Penyokong United memberitahu saya bahawa malam itu adalah yang terbaik yang pernah beliau saksikan.”

“Para penyokong Arsenal tidak akan pernah memaafkan saya.”

Kamu harus benci Arsenal

Ryan Giggs menegaskan Sir Alex Ferguson mahu pemain pemain United untuk membenci para pemain Arsenal. Ianya adalah untuk memastikan mereka sentiasa ada ego setiap kali bertemu Arsenal.

Giggs mengakui perseteruan di antara Arsenal dan Man. United ketika itu memang panas.

Beliau berkata: “Saya tidak suka Arsenal. Saya tak suka Vieira kerana beliau pemain yang kotor dan selalu terlepas daripada ‘jenayah’ beliau di atas padang.”

“Saya tak suka Petit kerana rambutnya yang panjang. Saya tak suka Bergkamp. Saya tak suka Pires. Namun apabila saya bertemu dengan dia sekarang, beliau memang manusia yang sangat baik. Namun ketika itu saya tidak mampu nak menatap mereka, dan tak ingin pun.”

“Saya tidak akan sanggup untuk memberikan komen tentang kehebatan salah seorang daripada mereka.”

“Bergkamp? Nah!! Saya dah cakap kepada diri saya bahawa beliau tidak sebagus Eric Cantona. Saya bukan manusia seperti itu, dan itu bukan diri saya sebenar. Namun kamu kena ada kebencian seperti itu di dalam kepala. Ianya akan menjadi motivasi. Namun jauh di sudut hati, kita semua tahu.”

“Mereka pasukan yang kuat dan perseteruan itu segalanya bagi kami – lebih kuat daripada Liverpool pada masa itu.”

“Selepas kami menang separuh akhir hari itu, Lee Dixon dan Tony Adams datang ke bilik persalinan kami dan mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan kami. Adakah saya akan berbuat benda yang sama?”

“Saya tak pasti saya mampu berbuat demikian.”

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan