Detik Sayu Achey Sambut Fad Di KLIA Dengan Baju Abam, Dari Bertiga Kini Berdua

Pada awal pagi tadi,Fad Bocey telah selamat mendarat dari Jepun, selepas bercuti bersama keluarga.

Namun kepulangan kali ini berbeza dengan sebelum ini. Ianya apabila Fad disambut oleh Achey dalam keadaan sugul dan sedih.

Achey turut membawa baju Abam bersamanya. Kedua-dua sahabat itu berpelukan dalam detik penuh emosi.

View this post on Instagram

Bismillahirohmannirrohim 🤲🏻🙏🏻

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Fad memberitahu Achey: “Kita kena kuat ya chey (Achey)…”

Fad menulis di IG miliknya; “Alhamdulillah, selamat sampai… aku terbayang kau pun ada Bam (Arwah Abam) dalam pelukan tu, ALLAH… kita kena kuat ya Chey, dapat semangat aku balik.”

Sebelum ini, Fad hanya mampu mendengar berita dan juga menapat kemaskini daripada rakan-rakan menerusi atas talian, kerana bercuti di Jepun.

Fad cuba mendapatkan penerbangan paling awal untuk membolehkan beliau hadir ke majlis pengkebumian Abam, malang sekali tiada.

Abam, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia ketika tidur.

Ketika menyambut kepulangan Fad, Achey menerusi kapsyen memberitahu, “Darah, nafas, jantung aku kembali bergerak tenang… sayap kiri dan kanan #bocey terasa mula bergerak perlahan semula… itu yang kami ada buat masa.”

Video pertemuan mereka dikongsi oleh adik Abam, yang merakam detik tersebut. Selain daripada pertemuan Fad dengan Achey, terdapat juga detik di mana Fad bertemu dengan Ali – yang juga adik kepada Abam.

Jenazah pelawak terkenal, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu – kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur.

Saksikan detik penuh emosi itu di sini:

Ramai yang tersentuh hati dan sebak melihat detik tersebut. Tiga sahabat yang membina nama dengan kumpulan Bocey.

Mereka disatukan di atas pentas sebagai pelawak. Dan trio Bocey saling melengkapi di antara mereka.

Ketika sampai di rumah Abam, ternyata Fad tidak mampu menahan kesedihannya.

Perginya Abam selamanya

Pelakon dan pelawak tersohor tanah air, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey, 32 tahun telah dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Isnin 10 Februari 2019 di kediamannya di Gombak, Selangor

Hal ini telah disah kan oleh rakan pelawaknya Fad dan Achey serta adiknya sendiri Ali Putih. Isterinya Nor Hidayah memberitahu perkara itu disedarinya awal pagi tadi ketika mahu mengejutkan Allahyarham untuk bangun menunaikan solat subuh.

Menurut isterinya, Allahyarham Abam sebelum ini memang ada mengadu dia kurang sihat kepada isterinya sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi beliau tidak mahu jika diajak ke Hospital.”

“menurutnya beliau hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Pemergian Abam itu turut di kongsi oleh beberapa rakan pelawak yang lain. Industri seni lawak hari ni berduka dengan berita pemergian beliau.

https://www.instagram.com/p/B8XkbqLFfPQ/?igshid=146810t3ll650

Mark Adam turut memuat naik status memberi penghormatan terakhir kepada Arwah.

Fad yang kini berada jauh di Jepun sekadar mampu membuat naik status sebagai penghormatan terakhir beliau untuk Arwah.

Achey ketika membuat pengumuman tentang berita duka ini tidak mampu menahan kesedihan beliau dan menangis dalam Live Ig nya.

Berita sedih ini sememangnya mengejutkan semua peminat. Ramai yang berkongsi rasa tidak percaya tentang apa yang berlaku. Abam antara pelawak yang paling disayangi di Malaysia.

Terima kasih Abam kerana pernah menghiburkan kami semua ketika anda berlawak. Abam juga adalah seorang anak yang sangat baik. Semua orang tahu bagaimana beliau sayang dan prihatin terhadap ibunya.

Tetapi ajal maut semua ditangan Allah dan Takdir kita sudah tertulis, takziah kepada keluarga Arwah.

Abam berusia 32 tahun, Abam meninggalkan seorang Balu ,Nor Hidayah yang telah dikahwini sejak tahun 2017.

Beliau juga meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini baru berusia lima bulan.

Semoga dicucuri rahmat Keatas Allahyarham dan ditempatkan di Syurga Abadi.

Baca yang lain