Detik Skuad Wanita AS Mahu Benam Wrexham Malah Dibantai 0-12

Apa akan jadi jika Juara Dunia 4 kali Piala Dunia Wanita Amerika Syarikat bertemu dengan pasukan divisyen bawahan Inggeris, Wrexham yang rata rata diwakili pemain amatur dan tak ternama?

Pada 2023, satu perlawanan persahabatan dianjurkan di North Carolina AS, antara skuad Wanita AS dengan Wrexham yang dimiliki Ryan Reynolds dan Rob McElhenney.

Skuad Wrexham terdiri daripada pemain sedia ada, bekas pemain dan pemain jemputan.

Sebelum sepak mula, bekas pemain kebangsaan AS, yang merupakan pemenang Piala Dunia dan 3 emas Olimpik, Heather Oโ€™Reilly memberikan amaran kepada Ryan Reynolds dan McElhenney bahawa Wrexham akan dibenamkan di North Carolina.

Dia bercakap di hadapan kapten Wrexham Hari itu, iaitu Lee Trundle yang sudah bersara dan berusia 46 tahun ketika itu.

Perlawanan adalah aksi 7 sebelah antara kedua dua pasukan.

Namun skuad wanita AS itu diberikan reality check oleh pasukan Wrexham yang rata rata bukan pemain utama mereka. Di mana dalam 20 minit pertama Wrexham sudah mencetak skor 7-0.

Wrexham ternyata tak bagi muka dengan skuad wanita AS yang rata rata pemain profesional dan bekas pemain kebangsaan seperti legenda Mia Hamm dan Lori Lindsey.

Pemain pemain wanita AS mulai panik dan cuba mengawal kerosakan yang berlaku. Mereka cuba menjaringkan gol namun gagal.

Wrexham malah menambah 5 lagi gol dan menamatkan perlawanan dengan 12-0 menerusi 39 percubaan yang mereka sasarkan ke gawang pasukan wanita AS.

Wrexham hanyalah kelab kerdil yang serba kekurangan dari segi fasiliti. Itupun mereka bukan menurunkan skuad terkuat mereka.

Peminat mengingatkan pemain pemain wanita tersebut bahawa mereka harus mempertimbangkan semula kempen bayaran sama rata yang mereka perjuangkan.

Seterusnya ada juga wanita sendiri yang mengingatkan sesama wanita bahawa kadangkala, seorang wanita itu kena buang ego, kerana ada perkara memang lelaki lebih bagus.

Sebelum ini skuad wanita AS dilaporkan pernah dibantai skuad B-15 lelaki dengan skor 5-2. Perlawanan itu diadakan dalam aksi tertutup. Perlawanan tersebut mendapat perhatian ramai di mana skuad Piala Dunia Wanita AS telah dibantai skuad akademi.

ย 

Baca yang lain